Prestasi 2 Raja Memalukan Harimau Malaya

Kekalahan 0 -3 Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Singapura amat memalukan. Kekalahan ini amat jelas menunjukkan kepincangan pada pengurusan dan pengendali Pasukan Malaysia. Pemilihan pemain pemain yang meragukan serta kelemahan yang amat ketara pada jurulatih adalah penyumbang utama kepada kekalahan ini.

Cakap cakap kedai kopi pada pagi ini menyalahkan 2 raja yang menjadi penyebab utama, Rajagopal dan Raja Ahmad Shah. Punca kekalahan tidak diletakkan kepada pemain pemain tetapi kepada jurulatih dan Presiden FAM.

Mereka berdua semacam tidak sedar dengan prestasi hambar Pasukan Harimau Malaya pada perlawanan perlawanan persahabatan yang baru lalu. Kekalahan demi kekalahan dan keputusan seri yang memalukan dengan pasukan Bangladesh jelas menunjukkan kepincangan kepada Pasukan Harimau Malaya.

Pemilihan pemain pemain yang tidak berkualiti dan tidak menunjukkan semangat yang tinggi serta sikap pilih kasih oleh pengurusan FAM adalah penyumbang utama kepada kekalahan yang memalukan ini.

Mengapa pemain pemain yang menunjukkkan prestasi tinggi dalam Liga Malaysia dan Liga Super seperti Piya, Nur Farhan, Nurul Azwan Roya, Indraputra, Nik Shahrul dan Hairuddin tidak terpilih dalam skuad kebangsaan? Adakah pemilihan pemain pemain hanya difokuskan kepada pilihan dari kacamata 2 Raja ini sahaja?

Jika ini berlaku, Pasukan Bolasepak Malaysia tidak akan maju dan akan terus merudum. Ia bukan sebab kita tidak mempunyai pemain yang berkualiti tetapi kerana kita tidak mempunyai pengurusan bolasepak yang amat tidak berkualiti.

Cuba jadikan contoh kepada pengurusan pasukan Kelantan sekarang ini dan dulunya Pasukan Kedah. Kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Hanya dengan pengurusan yang teratur dan sempurna sahaja pasukan bolasepak itu akan maju kehadapan.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week