Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 10-8-2012:


A185
A186

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:185)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah 2:186)

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Itulah bulan Ramadhan yang dikurniakan kepada kita umat Muhammad saw, bukan sahaja dikurniakan ibadat puasa yang didalamnya mengandungi hikmat yang banyak, kebaikan dan munafaat yang sentiasa datang kepada kita di dunia dan di akhirat.

Bahkan kepada bulan yang diwajibkan berpuasa ini Allah swt telah melakukan peristiwa yang sangat besar, bukan sahaja kepada umat Nabi Muhammad saw tetapi juga kepada seluruh manusia iaitu peristiwa diturunkan Al Quran nul karim yang menjadi petunjuk kepada manusia, yang menerangkan perkara perkara petunjuk, yang membezakan antara hak dan yang batil, di antara adil dan zalim, di antara benar dan salah yang membezakan semua perkara yang mengelirukan kepada manusia sehingga ianya menjadi jelas sejelasnya.

Marilah kita mengambil faedah daripada  puasa yang diwajibkan kepada kita, menunaikannya dengan hati yang ikhlas beribadat kepada Allah swt sebagaimana kita disuruh dan diperintah.

Firman Allah swt yang bermaksud Dan tidaklah disuruh akan kamu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan hati yang ikhlas.

Saudara kaum muslimin
Sekiranya kita menunaikan ibadat puasa ini dengan hati yang ikhlas, bukan sahaja Allah swt mesti menunaikan janjinya kepada kita, janji memberi balasan kepada orang orang yang berpuasa.

Sesungguhnya pahala puasa terpulang kepada ku dan akulah yang membalasnya 

Saudara kaum muslimin
Puasa juga mendidik dan juga mengajar kita menjadi manusia yang sebenar benar bersifat manusia, manusia yang dikurniakan akan fikiran yang membezakan mereka dengan makhluk makhluk yang lain. Apabila kita melaparkan diri kita, menjauhkan diri kita dari perkara perkara yang membatalkan puasa maka Allah swt telah mengajar kita bagaimana kita wajib menguasai hawa nafsu kita sehingga membezakan diri kita dengan haiwan.

Allah swt membezakan kita dengan haiwan dengan kurnian yang besar iaitu akal fikiran, petunjuk daripadanya, disamping itu kita mempuanyai dua hawa nafsu iaitu keinginan untuk hidup di atas dunia ini dengan segala perkara yang memuaskan. Dengan akal yang diberikan oleh Allah swt kepada kita. Tidak boleh memuaskan hawa nafsu seperti yang dilakukan oleh binatang binatang yang tidak berakal. Kita tidak boleh melakukan perkara perkara sesuka hati di atas mukabumi ini sehingga tidak ada batas batas dan sempadan.

Maka Allah swt mengajar kita supaya kehidupan kita sebagai manusia ini mempunyai batas batas sempadan yang membezakan kita dengan haiwan 

Ingatlah sesungguhnya sempadan Allah swt itu ialah perkara perkara yang diharamkan

Saudara kaum muslimin
Walaupun perkara yang membatalkan puasa itu tidak diharamkan pada bulan yang lain tetapi dihawamkan pada bulan Ramadhan. Ia mengajar kita supaya menjauhkan diri daripada perkara perkara yag diharamkan sepenuhnya oleh Allah swt. Ia menyedarkan kita bahawa perkara perkara yang diharamkan itu adalah perintah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang bukan untuk memberatkan semata mata tetapi untuk memuliakan kita, untuk meningkatkan martabat dan kedudukan kita sehingga kita mengatasi makhluk yang lain dengan pangkat yang diberi oleh Allah swt. 

Janganlah kita, janganlah kita mencabut pangkat yang diberi oleh Allah swt kepada kita dengan mengikut hawa nafsu dengan melanggarkan perintah perintah Allah swt, serta merempuh batas batas sempadan yang ditetapkan oleh Allah swt.

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah swt mengajar kita supaya menjadi orang orang yang bersabar dan orang orang yang bersyukur. Dengan sabar dan syukur bukan sahaja kita mendapat pahala yang besar dari Allah swt, tetapi juga mendapat kemuliaan yang tinggi darjatnya.

Saudara kaum muslimin
Bulan Ramadhan bulan yang kita berlapar, mengajar kita dahaga, mengajar kita penat dan lelah, mengajar kita rasa letih dan mengantuk. Kita diperintah supaya bersabar dalam menghadapi itu semua. Kesabaran adalah sifat yang terpuji dikurniakan oleh Allah swt kepada kita. Dengan kita berlapar kita dapat mengatahui betapa nikmatnya kekenyangan. Dengan kita letih kita mengetahui betapa nikmatnya kesihatan. Dengan kita dahaga kita mengetahui betapa nikmatnya hilang kehausan.

Kita mengetahui segala nikmat yang diberikan oleh Allah swt kepada kita, maka bulan RAmadhan mengajar kita menjadi orang yang bersyukur kepada nikmat nikmat Allah swt. 

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week