Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 13-4-12: Al Quran Sebagai Petunjuk

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada tuan tuan sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia,
Didalam ayat yang dibacakan tadi, Allah swt telah menjelaskan kepada kita bahawa Al Quran sahajalah yang benar benar dapat memberi petunjuk dan memandu umat manusia ke arah jalan yang lebih lurus dan memberi jaminan sepenuhnya kepada orang orang mukmin yang beramal soleh dengan pembalasan pahala yang besar.

Al Quran nul karim merupakan perlembagaan Ilahi yang diturunkan melalui nabi besar kita Mulammad saw dengan tujuan untuk dijadikan pedoman dan panduan kepada kehidupan umat manusia di dalam mencari kebahagian hidup di dunia ini dan juga di akhirat nanti.

Dalam ertikata yang lain bahawa Al Quran nil karim diturunkan oleh Allah swt adalah untuk mengawal aktiviti dan gerak laku manusia yang mencakupi seluruh bidang kegiatan hidup, supaya benar benar dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka.

Sekiranya manusia itu sendiri telah mengabaikan dan menyeleweng daripada ajaran Al Quran serta angkuh dan ego untuk patuh dan taat kepadanya maka sudah tentu dapat dikatakan bahawa mereka itu menempahkan kemusnahan dalam kehidupan mereka sendiri.

Saudara kaum muslimin
Kitab suci Al Quran nil karim diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw merupakan satu mukjizat kepada baginda dan juga sebagai tanda kasih sayang Allah swt kepada seluruh umat manusia agar menjadi pedoman dan mengendalikan kehidupan hari hari, samada hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan sesama manusia.

Dalam masa 23 tahun ayat ayat Al Quran ini diturunkan kepada Nabi, tidak hanya mengandungi hukum hukum ibadah dalam bentuk yang khusus sahaja, malah juga mengandungi hukum hukum bermasyarakatan dan bernegara, oleh itu didalam kitab suci Al Quran banyak kita dapati ayat ayat yang menyebut tentang dasar dasar pembentukan perpaduan masyarakat, persoalan mengenai tata kenegaraan dan perinsipnya, masalah polotik, masalah kekeluargaan dan ini adalah sebagai bukti yang menunjukkan bahawa kitab Allah yakni kitab suuci yang sempurna.

Cuma yang menjadi persoalan besar kepada kita, sejauh manakah umat Islam pada hari ini telah dapat menghayati isi kandungan Al Quran dan menjadikan perinsip perinsipnya sebagai panduan hidup mereka, kerana al Quran itu sendiri tidak cukup hanya sekadar kita membaca ayat ayatnya sahaja tetapi apa yang paling penting ialah menghayati dan melaksanakan peraturan peraturan yang wujud di dalamnya oleh setiap individu muslim.

Saudara kaum muslimin
Di dalam Al Quran Allah swt telah mengarahkan setiap umat Islam supaya kembali dan merujuk kepada Al Quran dan Al Hadis apabila mereka berhadapan dengan berbagai bagai masalah dan kekeliruan yang tidak dapat diselesaikan, kerana tatacara dan panduan Al Quran dan Al Hadis sahajalah satu satunya yang dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh umat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud Kitab suci Al Quran diturunkan khusus oleh Allah swt dengan tujuan untuk membimbing dan mengatur kehidupan manusia.

Oleh itu sesiapa sahaja yang engkar dan angkuh untuk patuh dan taat kepada pengajarannya, mereka akan menerima pembelasan yang berat daripada Allah swt, mereka ahan diberi kehidupan yang sempit dan tidak akan dapat menikmati akan ketenangan jiwa semasa mereka hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sekalipun mereka mempunyai kehidupan yang tinggi atau memiliki harta kekayaan yang banyak, kemudian pada hari kiamat nanti mereka akan dikumpul dalam keadaan buta.

Firman Allah swt yang bermaksud  Barangsiapa yang engkar dan menyelewang daripada mengingati Aku, maka sesungguhnya bagi mereka itu kehidupan yang sempit semasa mereka hidup di dunia hari ini. Dan di Akhirat nanti KAmi akan kumpulkan mereka dengan berbuta mata.


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week