Pemurnian Spek MDCT IPPT

Sedikit perbincangan telah dibuat antara bakal pensyarah IPPT dengan pasukan CT Scan HUSM di AMIEN centre bagi memurnikan spek CT yang akan ditender oleh IPPT.


Perbincangan Conference Module

Sesi kedua perbincangan untuk pembangunan modul konferen untuk Jabatan Radiologi.

Modul Konferen ini dibangunkan bersama antara Jabatan Radiologi dengan Viamed


Menziarahi Keluarga Staf Yang Kembali Ke Rahmatullah



Alfatihah...
Semoga Allah menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang berimam dan beramal soleh. 

Rombongan staf Jabatan Radiologi yang menziarahi keluarga staf Jabatan Radiologi yang telah kembali ke rahmatullah





Syarat Syarat Utama Sebelum Menunaikan Haji, Umrah Atau Pergi Berperang


1. Niat dan Mesyuarah
- belajar dari org yg boleh dipercayai ilmu agamanya dan perlu berilmu
- perlu pintar mengikut keadaan semasa
- setiap perbuatan dan amalan yang melibatkan hukum memerlukan ilmu yang mencukupi. Jangan mengikut sahaja.

2. Solat sunat istiqarah - minta dari Allah agar diterima sebagai tetamunya

3. Bertaubat dari sekelian/segala maksiat

4. Memohon keredhaan kedua ibu bapa

5. Membawa nafkah yang halal lagi suci/cuci

6. Tinggalkan bertegang leher

7. Jangan ambil hak orang lain dan jika ada pulangkan

8. Jangan menganaiyai sesama makhluk


Wallahualam

Minum Pagi

Sebelum meneruskan kerja di lokasi yang telah dijadualkan.... Kita minum dulu

Sesi pengajaran di Jabatan Radiologi

Sesi pengajaran dan pembelajaran secara berterusan adalah aktiviti harian di Jabatan Radiologi.




Sejarah Silat Gayong

  1. Silat Seni Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan berketurunan Bugis(cicit kepada Daeng Kuning/Panglima Hitam). Meor Abdul Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang. Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera. 
  2. Selama tiga tahun Meor Abdul Rahman berlatih bersama-sama dengan murid-murid Syed Zainal yang lain. Ketika berusia 18 tahun, Meor Abdul Rahman telah berjaya menguasai selok-belok ilmu Silat Seni Gayong, termasuklah adat-istiadatnya. Walaupun demikian, nenda beliau tidak dapat mengkhatamkannya kerana menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh “orang ghaib” di suatu tempat yang terletak di sempadan negeri Siam-Tanah Melayu. 
  3. Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau telah dikhatamkan oleh “Datuk Laksamana Hang Tuah” di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand. Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu, pada masa-masa tertentu
  4. Bacaan lengkap sila layari http://gayongmalaysia.wordpress.com/sejarah/
Wassalam

Tomoi

  1. Boksing Siam, Tomoi atau Muay Thai ialah tiga nama yang diberikan bagi merujuk sukan tempur dari Thailand.
  2.  Di Kelantan, penduduknya memanggil Muay Thai sebagai Boksing atau Muay (dibaca mu-wei). 
  3.  Seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam. 
  4. Perkataan tomoi sendiri berasal dari perkataan Siam, iaitu toi (tumbuk) dan moi (seni bertumbuk).



Persembahan silat pada majlis perkahwinan

  1. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. 
  2. Dianggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. 
  3. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. 
  4. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Wassalam

VIDEO FUTSAL: HUKM vs HUSM








 


Hadis 31: Zuhud

Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. '
Maka dijawab Nabi : " Hendaklah zuhud di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zuhud pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai". 


Amalan yang dikasihi oleh Allah dan juga manusia. Zuhudlah terhadap dunia dan yang di sisi manusia

1. Zuhud kepada dunia
2. Zuhud yang dicintai Allah dan manusia

Zuhud
- Hendaklah kita mencontohi zuhud Nabi 
- Makna zuhud dari segi bahasa adalah menolak sesuatu kerana dianggap remeh
- Mengambil sesuatu yang halal setakat keperluan sahaja dan tidak membazir.
- seseorang itu perlu ada ilmu baru boleh zuhud

Dunia adalah suatu perkara yang perlu berhati hati agar tidak tertipu dengannya kerana ia adalah perhiasan dan sesuatu untuk berbangga bangga

Zuhud kepada dunia ialah menyakini apa yang ada disisi Allah dari apa yang ada ditangan kita.

Zuhud
1. Yakin apa yang ada disisi Allah, semua rezeki adalah dari Allah 
2. Musibah akibat kehilangan yang disayangi, yakin Allah akan memberi yang lebih baik lagi.
3. Apabila mendapat pujian atau cercaan, hendaklah jiwa kita tetap kepada kebenaran

Hati kena faham

Sikap zuhud 
- fikir tentang akhirat
- fikiran sentiasa dekat dengan Allah 
- waspada dengan nikmat dunia kerana takut jauh dari Allah swt.
- dunia tiada harga disisi Allah 
- dunia adalah benda yang hina oleh itu jangan perbesarkannya.

Wallahhualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahan saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Hadis 30: Mematuhi Ketetapan Allah Dan Menjauhi Larangan Allah

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. "

1. Allah menetapkan kewajipan dan jangan kamu mengabaikan,
2. Allah telah tetapkan batasannya dan jangan kamu melampaui,
3. Allah swt mengharamkan segala sesuatu dan janganlah kamu melanggarnya.
4. Allah swt mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat bagi kamu dan janganlah kamu cari perkara yang didiamkan oleh Allah itu.

Hukum hakam dan natijah nya 
Allah swt Fardhu kan beberapa perkara:
1. Fardhu ain
- Ia menjadi kewajipan bagi setiap individu yang mukallaf
- seperti solat, puasa, zakat, haji dll
2. Fardhu kifayah
- Ia adalah kewajipan tetapi apabila ada seorang melakukannya maka individu yang lain akan terlepas
- seperti solat jenazah, ajak kebaikan dan cegah kejahatan, solat berjemaah di masjid, ilmu yang manusia memerlukan dan lain lain.

Menjaga hudud (ketentuan atau batasan)
Jangan kamu melampauinya.

Larangan dari mendekati dan melakukan perkara yang diharamkan 

Banyak perkara yang Allah swt diamkan adalah merupakan rahmat. Jangan kita banyak bertanya akan perkara tersebut.

Orang yang banyak bertanya adalah orang yang kurang perlaksanaannya.

Bab fekah boleh bertanya.

Terutama dalam bab ketuhanan atau tauhid tidak boleh dipersoalkan.

Dilarang bertanya berkenaan dengan zat Allah.

Wallahhualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Matlamat Membina Sifat Taqwa

Kelebihan kelebihan pada orang yang bertaqwa kepada Allah swt.
Banyak ayat Al Quran menyebut taqwa dan kemudian disusuli dengan kelebihan bagi orang yang bertaqwa.
Menafaat yang banyak dikurniakan Allah swt apabila membuat amalan kebajikan sebagai contoh di bulan Ramadhan dahulu.
Apabila Terbina sifat taqwa dalam diri maka menafaat lain pula disediakan oleh Allah swt.

Sebanyak 150 kelebihan telah disebut dalam Al Quran bagi orang yang bertaqwa.

1. Berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa, nescaya kita akan sentiasa diawasi, dipelihara, dijaga oleh Allah swt. Jaga hubungan dengan Allah swt maka Allah swt akan menjaga kita pula.

Musibah adalah ujian Allah swt kepada hambanya untuk menguji ketakwaan dan seterusnya meningkat iman dan mengangkat darjat disisi Allah swt.

2. Allah akan membuka pintu hati orang yang bertaqwa dengan itu akan menyebabkan hambanya suka kepada ilmu.

Taman taman syurga di dunia ini adalah majlis majlis ilmu. Oleh itu apabila kita berada di dalam majlis majlis ilmu seolah olah kita berada di dalam taman taman syurga.

Allah swt juga memberi ilmu secara langsung kepada hambanya iaitu melalui ilham 

3. Allah swt akan menjadikan bagi kamu furqan (membezakan antara yang baik dan buruk) 
Allah swt akan membuka pintu hati kita untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk.

4. Allah swt akan menghapuskan kejahatan kejahatan pada diri hambanya

Hendaklah kita sentiasa mengingati dosa dosa kita yang terdahulu dan terus beristirfar kepada Allah dan seterusnya berharap Allah swt akan mengampunkan segala dosa kita.

Amalan dosa yang kita telah kita buat masih lagi termaktub dalam buku catatan sekiranya dosa kita belum diampunkan oleh Allah swt.

Jangan mengiingati kebaikan yang dibuat, tetapi hendaklah kita bermuhasabah akan amalan yang telah kita buat samada sempurna atau tidak. Seterusnya berusaha untuk memperbaiki amalan tersebut

Jangan ada perasaan bangga diri dalam hati kita atas kebaikan dan amalan baik yang kita telah lakukan.

Kelebihan di dunia ini semuanya diperolehi oleh manusia tanpa mengira mereka beriman atau tidak. Namun hanya manusia yang beriman di dunia ini sahaja akan memperolehi kelebihan dan kemenangan di akhirat. 

Wassalam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Akhlak kenabian

Nabi Muhammad saw adalah contoh akhlak, sifat dan cara hidup yang terbaik.

Nasihat yang baik yang dianjurkan oleh Rasulullah saw adalah:
1. Supaya bersifat dengannya iaitu
Siddik, amanah, tabligh dan fatonah.
Jujur, amanah, menyampaikan dan bijaksana

2. Memerintahkan kita supaya melengkapi diri kita dengannya iaitu mengamal sunnahnya akan memperolehi pahala dan mendapat syafaat

3. Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.

4. Mengingatkan kita supaya menjauhi diri dari perkara perkara keji dan mungkar.


Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(Al-Nahl 16:90)

Ayat ini sentiasa dibaca pada setiap hari Jumaat di dalam khutbah Jumaat.

Rasulullah saw berwasiat kepada Muaz "bertaqwa kepada Allah, berbicara benar, menepati janji, tunaikan amanah, jauhi kianat, memelihara hati tetangga, belas kasihan kepada anak yatim, lunak dalam bicara, memberi salam, bagus dalam pekerjaan, sedikit berangan angan, menetapi keimanan, mendalami al Quran, mencintai akhirat, mengingati mati. Dekat dengan hari penghisaban dan merendah diri". 

Selamat dunia dan akhirat.







Suasana di Mesir, Ikhwanul Muslimin dan As Syahid Hassan Al Banna


Doa untuk diri sendiri dan juga kepada muslimin muslimat terutama yang sedang menghadapi ujian di Syiria dan di Mesir. 

Doa agar di satukan hati hati kaum muslimin.

Doa supaya didamaikan persengketaan antara kaum muslimin

Secara umumnya kebebasan untuk mengamalkan Islam secara syumul di Mesir adalah adalah tidak bebas.

Yakinlah sesiapa yang berada dipihak yang benar, pertolongan dari Allah pasti datang.

Ujian kepada mereka yang disayangi oleh Allah adalah amat berat dan mereka ini boleh menanggungnya.

Keganasan dari mereka yang berkuasa tanpa memikirkan golongan wanita dan kanak kanak.

Pertelingkahan ini adalah dari kalangan sesama Islam dan kita perlu berdoa agar negara kita dijauhi oleh Allah dari dugaan dan ujian sebagaimana yang berlaku di negara negara Islam sekarang ini.

Panduan umat Islam adalah kitab Allah dan sunnah Rasul.

Perjuangan ikwalnul muslimin

Diasaskan oleh imam Hassan al Bana

Beliau adalah seorang Mujaddid Islam 

Wasiat beliau sebelum syahid adalah:
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin
Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. 
Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.
Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah 
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.
Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.
Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,
Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

1948 - 54 ramai rakyat dibunuh dan pemimpin digantung.
Syed kuttub juga digantung pada tahun 1958.
Yang salah jadi betul dan yang betul jadi salah.
Keadaan di Mesir bukanlah pertelingkahan diantara Islam dan kristian kerana rakyat kristian adalah amat sedikit.

Di zaman husni mubarrak, kuasa mutlak adalah askar. Gerakan yang membawa Islam yang syumul adalah dikawal dan tidak diberi ruang langsung oleh pemerintah.

Wallahualam

Al Fatiha

Akhlak kenabian

Bagaimana Allah swt mendidik Nabi dengan al Quran.
- Al Quran itu sebagai penyembuh bagi sekelian umat. 
- Rasulullah sentiasa bersikap merendah diri. 
- Rasulullah sentiasa memohon kepada Allah swt supaya memperhiaskan dirinya dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang lurus.
- orang yang berakhlak baik adalah lebih berat timbangannya.
- jauhi diri dari budi pekerti yang terkeji
- Allah swt memuliakan Nabi Muhammad saw.

Pohon doa kepada Allah swt, nescaya Allah akan mengabulkannya.

Al Quran sebagai mukjizat maknawi. Kita boleh melihatnya hingga ke hari ini.

Allah swt mendidik akhlak Nabi Muhammad saw dengan akhlak al Quran   

Al Quran mendidik Nabi supaya bersikap pemaaf.

Rasulullah swt sentiasa mengajak orang ke jalan kebajikan dan tidak menghiraukan kejian dan celaan dari orang lain.

Berikan kemaafan dan berbuat kebajikan dan mempedulikan celaan dan hinaan.


Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Amal Makruf Nahi mungkar Vii

Penganggur tidak sepi dalam melakukan kemungkaran tanpa disedarinya.
- ada ilmu tetapi tidak mengajarkannya
- berkurung di dalam rumah sahaja kerana keengganan untuk membimbing orang ramai.
- antara setiap manusia ada kait mengait antara satu sama lain
- ajar tentang agama islam dan ajak ke jalan kebajikan terutama di desa atau pendalaman
- ajar tentang urusan agama terutama sekali tentang fardhu ain.
- tugas mengajar perkara perkara yang wajib adalah fardhu kifayah.
- adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengajar ilmu agama kepada orang lain.
1. Melengkapkan diri sendiri dahulu dengan ilmu agama dan mengamalkan segala yang difardhukan dan meninggalkan segala yang dilarang. 
2. Memulakan dengan ahli keluarganya.
3. Berpindah kepada jiran tetangganya
4. Seluruh penduduk kampungnya.
5. Seluruh rakyat yang terdekat dan lain lainya.
6. Keseluruhan alam semesta.


Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Video Jabatan Radiologi HUSM 2003



Video selama 10 minit ini mengenang kembali situasi di Jabatan Radiologi HUSM 10 tahun yang lalu. Prasarana dan penggunaan teknologi telah banyak berubah. Kalau dahulunya dirasakan tercanggih tetapi 10 tahun kemudian ianya telah menjadi klasik

Wassalam

Nisfu Syaaban Di Masjid Al Qasimi




Pesanan Imam sebelum memulakan majlis membaca Surah Yaasin.

Pada bacaan kali pertama hendaklah memohon doa kepada Allah swt agar dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt. Pada bacaan kali kedua mendaklah memohon doa agar dimurahkan rezeki untuk memudahkan urusan beribadat kepada Allah swt. Dan pada bacaan kali ketiga hendaklah berdoa agar ditetapkan imam supaya  hidup dan mati kita di dalam agama Islam.

Wassalam


Majlis Solat Hajat Dan Jamuan Laksa SK Long Gafar

Pada 22 Jun 2013 PIBG SK Long Gafar telah mengadakan majlis jamuan laksa dan solat hajat.

Majlis ini telah diadakan selepas solat zohor di dewan sekolah SK Long Gafar.

Solat Zohor dan solat hajat telah diimamkan oleh iman muda masjid Al Qasimi Mukim Parit.










Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week