Gotong Royong Sempena 5S

Kakitangan Jabatan Radiologi telah mengorbankan cuti pada hari Sabtu 16 Jun 2012 dengan mengadakan aktiviti gotong royong sempena 5S.

Mereka dengan secara suka rela telah datang menyisih, menyusun, menyapu dan menyeragamkan peralatan, perabut lorong lorong dan bilik bilik di jabatan Radiologi.

Hasil dari gotong royong ini Jabatan Radiologi telah berubah kepada lebih kemas, tersusun dan menarik.

Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir untuk menjayakan aktiviti ini,

Wassalam

Intisari Ceramah Israq Mikraj 2012

Maha suci Allah yang memperjalankan hambanya Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekitarnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Kami, sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.

Berlakunya Israq dan Mikraj adalah pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita di mana isteri dan bapa saudara Nabi saw telah meninggal dunia.

Solat 5 waktu telah difardhukan kepada umat manusia ketika Nabi saw bertemu dengan Allah swt

Jangan kita mempermain mainkan agama dengan tidak melakukan segala suruhan Allah swt.

Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri kita apakah sudah cukup persiapan kita semasa di dunia ini untuk di bawa ke akhirat kelak.

Dari sehina hina kejadian manusia dari setitis air mani, Allah swt telah jadikan manusia sebagai semulia mulia manusia di atas muka bumi ini.

 Setiap hari kita kena berdoa kepada Allah swt untuk meminta rahmatnya untuk mendapat kurnian syurga dan jauh dari api neraka.

Ambil peluang antara waktu Maghrib dan Isyak untuk belajar ilmu agama

Perjalanan Nabi saw semasa Israq dan Mikraj
Mula mula Nabi dibawa ke masjid dan ia adalah salah satu sunnah nabi iaitu sentiasa berulang alik ke masjid.
Hadis Nabi saw; Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid di malam hari, mereka akan mencapat cahaya yang sempurna di akhirat kelak,

Perjalanan Nabi adalah perjalanan yang singkat iaitu bermula selepas isyak dan berakhir sebelum subuh. Perjalanan dari Mekah ke Palastin di waktu itu biasanya mengambil masa selama sebulan.

Sebelum naik ke langit Nabi saw dibentangkan dengan pilihan minuman iaitu arak dan susu, Nabi saw telah mengambil susu sebagai minumannya.

Semasa mikraj Nabi menaiki Burack dan di langit pertama Nabi berjumpa dengan Nabi Adam, di langit ke dua Nabi berjumpa dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya.

Nabi saw didoa oleh para nabi nabi,

Kita hendaklah sentiasa berdoa selepas solat kepada Allah swt, Ya Allah ya Tuhanku, masukkan lah aku serta generasi aku serta genarasi terakhir aku ke syurgamu.

Mula mula solat di berikan kepada umat Nabi saw adalah sebanyak 50 waktu, seterusnya setelah berulang alik selepas 10 kali solat telah di kurangkan kepada 5 waktu dengan tidak dikurangkan pahalanya.

Nabi Ibrahim berpesan kepada Nabi saw supaya umat Nabi saw sentiasa membaca  Subhanallah walhamdulillah walla illa haillah huallah hu akbar, mall haulawala kuwwata illa billah hil aliyul azim, dengan membaca ini satu pokok akan ditanam di dalam syurga untuk kita.

Wallahualam


Ceramah Israq Mikraj 2012

Bertempat di bilik konferen Jabatan Radiologi HUSM, pada pagi Khamis 14 Jun 2012, ceramah Israq Mikraj telah di adakan secara telesidang dengan juru x-ray IPPT.

Sesi yang di pengerusikan oleh Dr Tarmizi telah menengahkan Ustaz Adli sebagai penceramah.

Sesi ceramah ini adalah anjuran KKMI Jabatan Radiologi HUSM

Selepas ceramah tersebut kakitangan telah dihidangkan dengan sedikit juadah juga sumbangan dari KKMI Jabatan Radiologi.

Wassalam

Kuliah Maghrib 13-6-12: Tafsir Surah As Sajadah

Bismillah
A001
A002
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

A003
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah 

Keterangan
Tanggung jawab Rasulullah saw ialah supaya menyampaikan kepada sekelian umat manusia berkenaan dengan peringatan Allah yang disebut di dalam Al Quran. Begitu juga dengan tanggung jawab orang yang menyambung kerja buat Nabi iaitu menyampaikan ajaran Islam hanya dengan sekadar memberitahu.

Manusia tidak mampu untuk mengubah pendirian seseorang itu. Kita hanya mampu menyampaikan sahaja dan mengharapkan didalam hati agar mereka mendapat petunjuk dari Allah swt. 

Nabi Muhammad saw tidak pernah putus asa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Quraish termasuk kepada bapa saudaranya Abu Talib.

Peringatan yang perlu kita sampaikan adalah pada ayat seterusnya


A004
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

Keterangan
1. Kita semua / makhluk ini adalah diciptakan oleh Allah swt termasuk semua yang di langit dan semua yang di bumi.
2. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah swt
3. Sifat bersyukur adalah sifat fitrah semula jadi manusia seperti menghargai seseorang yang telah menolong kita dengan ucapan terima kasih.
4. Semua yang kita miliki dan guna di atas muka bumi ini semua adalah hak Allah swt
5. Perlu sentiasa ada sikap mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada Allah swt dengan itu kita hendaklah sentiasa mengingatiNya.
6. Semoga segala pemberian / anugerah daripada kita datang beserta dengan rahmatnya.

Dalam ayat ini juga Allah swt menceritakan tempoh masa kejadian langit dan bumi. Tempoh masa tersebut adalah selama 6 hari. Ada ulamak berpendapat 6 hari bersamaan dengan 6 hari di dunia, dan ada yang berpendapat 6 hari bersamaan dengan 6000 tahun. 

Pengajaran dari kejadian bumi ini yang dijadikan dalam tempoh masa yang tertentu adalah untuk mengajar kita supaya apabila hendak melakukan sesuatu kerja yang besar ia hendaklah dibuat dengan teliti dan dengan perancangan yang rapi. Ia bukan menunjukkan Allah swt itu lemah kerana mengambil satu jangkamasa untuk menjadikan langit dan bumi ini kerana dalam surah Yaa Sin yang bermaksud "Antara kekuasaan Allah swt apabila Dia ingin melakukan sesuatu perkara Dia akan sebut Kun, maka jadilah ia serta merta". 

Orang yang terburu buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah merupakan perlakuan dari syaitan. Oleh itu kita kena berhati hati, teliti dan membuat perancangan yang rapi apabila hendak melakukan sesuatu perkara.

Tempat untuk kita meminta pertolongan dan syafaaf hanyalah kepada Allah swt sahaja walaupun benda atau perkara yang kita hajati itu adalah sekecil kecil perkara kita kena minta kepada Allah swt. 

Apabila kita benar benar menghajati sesuatu perkara kita perlu membuat solat hajat meminta kepada Allah swt dan apabila ianya telah dimakbulkan oleh Allah swt kita kena bersyukur berbanyak banyak. Sebaik baiknya kita sekali lagi melakukan solah hajat agar perkara yang kita perolehi itu diberkati oleh Allah swt. Dan berkat dari hajat yang kita telah perolehi tadi akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt

Hendaklah kita mengambil iktibar ke atas apa yang telah berlaku

A005
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa

Keterangan
Allah swt menciptakan kita dan seterusnya Dia mentadbir kehidupan kita adalah di antara tanda tanda yang Allah swt adalah amat menyayangi kita. Dia tidak meninggalkan kita sendirian. Kejadian siang dan malam yang silih berganti adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Allah swt.

Wassalam





Penggemar Kucing

Bila dah mempunyai perasaan sayang dan minat terhadap kucing, perlakuan memeluk, membelai dan mencium dengan kucing adalah perkara biasa.

Begitulah dengan Cik Tasnim yang begitu mengasihi pada seekor anak kucing yang telah terjatuh dari bumbung GDA. Tapi apakan daya nak dibawa pulang ke rumah tak boleh kerana bimbang pula rakan sebilik yang tidak menyukai kucing akan marah. Jadi terpaksalah anak kucing itu ditinggalkan di jabatan.

Namun demikian apabila datang ke pejabat pada keesokan harinya, anak kucing telah tiada. Mungkin telah diambil oleh ibunya.

Wassalam

US S2000 training

Pada 12 dan 13 Jun 2012 latihan aplikasi untuk US S2000 telah dijalankan di Jabatan Radiologi HUSM. Latihan ini telah dihadiri oleh Pakar Radiologi dan juga Pelajar Pasca Siswazah.

Semoga dengan latihan yang diberikan ini akan memudahkan dan mengoptimumkan lagi penggunaan peralatan tersebut

Teknologi semakin berkembang, berbagai peralatan baru dan canggih muncul setiap waktu. Adakah kita berkeupayaan untuk mengejar teknologi teknologi ini?

Wassalam

Kuliah Maghrib 10 Jun 2012: Hadis 2

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekelian.
Kita hendaklah memperbanyakkan kesyukuran kepada Allah swt yang amat sempurna dan maha pemurah lagi maha penyayang.


Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. 

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. 

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. 

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. 

Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).

Pokok Perbincangan Hadis :

    Kedudukan hadis ini :  ibu kepada hadis-hadis lain,mengandungi penjelasan Din secara keseluruhannya.

    Islam : terangkum ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.

    Iman : asal iman/ iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman.

    Membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk.
    Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat.

    Sifat-sifat Jilbril (Ruh Al-Amiin).

Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat Rabbaanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam. Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.

llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.


.
Rujukan dari http://hikmah.org.my

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 8-6-2012: Pengajaran Dari Israk Mikraj





Saudara kaum muslimin yang di hormati lagi dikasihi sekelian,
Pada kesempatan yang mulia ini saya berwasiat kepada sidang Jumaat sekelian dan juga kepada diri saya sendiri, marilah sama sama kita bertaqwa, meningkatkan ketaatan kita kepada Allah swt dengan melaksanakan perintah perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.

Marilah kita laksanakan perintah perintah Allah swt baik yang bersifat wajib, mau pun yang bersifat sunat, kita jauhi larangan Allah baik yang bersifat haram atau pun yang bersifat makruh. Semua itu adalah gambaran cermin kesempurnaan iman kita. Iman kita yang tertanam dalam hati yang diucapkan dengan lidah perlu dibuktikan dan diterjemahkan dalam bentuk amal perbuatan kita.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Kita sekarang ini berada di bulan Rejab, bulan yang mulia, bulan yang Nabi kita Muhammad saw Israk dan di Mikrajkan oleh Allah swt. Baginda di Israk dari Masjidil Haram ke Masjidil Aksa, kemudian diMikrajkan ke Siddiratul Muntaha hingga ke Mustawa.

Saudara kaum muslimin
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku kepada junjungan besar kita Muhammad saw pada tahun yang dikenali dengan Tahun Dukacita iaitu tahun Baginda Rasulullah saw mengalami berbagai cubaan dan ujian yang cukup berat iaitu di antaranya: Bapa saudara Nabi Abu Talib yang mengasuh dan membantu Nabi telah meninggal dunia selepas kematian Abu Talib disusuli pula dengan kematian isteri Baginda yang sangat disayangi Saiyaditina Khadijah ra, seorang isteri solehah, wanita pertama memeluk Islam yang telah berkorban apa sahaja untuk kepentingan agama Islam, seorang isteri yang sentiasa memberi dorongan, rangsangan, penghibur hati Rasulullah saw dalam menghadapi liku liku perjuangan untuk menyebar dakwah dan risalah Islam.

Berikutan kematian Abu Talib dan Saiyaditina Khadijah ra itu maka gerakan dan serangan yang dilancarkan oleh kafir Quraish terhadap Rasulullah semakin ganas dan dahsyat ningga Rasulullah saw terpaksa berhijrah ke Taif. Di Taif, Baginda Rasulullah saw diusir keluar dan dilontar dengan batu, dihina, dimaki hamun sehingga kepala Baginda berdarah.

Saudara kaum muslimin
Dalam suasana yang diwarnai perasaan dukacita itu pula, Allah swt menjemput Rasulullah saw Israk dan Mikraj untuk memberi kekuatan kepada Baginda Rasulullah saw dengan memperlihatkan tanda tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Sebagaimana Firman Allah swt dalam Al Israk

بسم الله الرحمن الرحيم

17:1



Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Saudara kaum muslimin
Dengan peristiwa Israk dan Mikraj sememangnya telah menyuntik semangat ketabahan dan kekuatan untuk
Baginda Rasulullah saw terus berjuang, terus berjihat, terus berdakwah menyebarkan agama Islam. Keimanan Rasulullah saw semakin teguh dan mantap. Rintangan dan halangan yang menjadi hambatan perjuangan Rasulullah saw merasa kecil dan kerdil berbanding dengan kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Saudara kaum muslimin
Sesungguhnya  peristiwa agung Israk dan Mikraj memang melakar hikmah yang sangat besar untuk kita semua. Antara yang dapat dikesan ialah sikap dan perilaku umat Islam dalam menerima dan menolah peristiwa Israk dan Mikraj yang mana pada ketika itu ada diantara umat Islam yang menerima dengan penuh keyakinan dan ada yang menolak mentah mentah. Malah mengistiharkan keluar dari Islam.

Kelompok yang menolak mentah mentah bahkan sanggup keluar dari Islam kerana melihat peristiwa Israk dan Mikraj sebagai kejadian yang tidak masuk akal, tidak mungkin terjadi, tidak rational. Manakala kelompok yang menerima dengan penuh keyakinan, malah semakin yakin dan menebal keimanan mereka kerana melihat peristiwa Israk dan Mikraj sebagai kudrat, iradat dan kehendak Allah swt yang maha berkuasa, seci dari segala kekurangan dan kelemahan.

Saudara kaum muslimin,
Dua kelompok manusia yang terjadi semasa peristiwa Israk dan Mikraj itu sebenarnya terus wujud dalam kehidupan manusia di abad moden ini. Bahkan mana mana zaman pun, mungkin bentuk sahaja yang berbeza. Ada kelompok manusia yang hanya boleh percaya kepada hal hal yang logik kepada akal atau yang dapat mengjangkau oleh fikiran dan akal sahaja.

Hal hal yang diluar jangkaan mereka tidak akan mempercayai, tidak menerimanya, mereka hanya memiliki bentuk pemikiran yang mudah mudah untuk jangka pendek sahaja. Hal hal yang bersifat jangka panjang atau  diluar jangkauan pemikiran mereka tidak pedulikan.

Kita boleh mengambil contoh sebagai bukti, yakni mereka tidak begitu ambil peduli terhadap kehidupan yang abadi yakni kehidupan di akhirat kelak. Mereka hanya terkurung di dalam telaga sempit menghabiskan masa dan berfikir untuk kehidupan dunia ini semata mata. Adapun kehidupan Akhirat tidak dipersiapkan kerana hal tersebut tidak dapat dijangkau, dilihat oleh mata kepada dan tidak dapat difikirkan oleh akal.


Sikap sekelompok manusia seperti yang dinyatakan tadi dijelaskan oleh Allah swt dalam surah Al Jaziah
45:32





"Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."

Saudara kaum muslimin
Itulah bentuk pemikiran manusia akibat sikap menolak sesuatu yang tidak boleh dijangka oleh pemikiran hingga hanya kekuatan dan kemampuan dijadikan kayu pengukur kepada kebenaran sesuatu. Padahal apa yang dimaklumkan oleh Al Quran baik pada perkara yang ghaib mau pun perkara yang nyata adalah benar sebagaimana firman Allah swt

2:2


2:3
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Saudara kaum muslimin
Semasa kita memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, kita sebaik baiknya mampu merenungi corak pemikiran kita dalam menilai sesuatu kebenaran. Perkara ini sangat penting bagi menjaga keimanan kita. Di samping itu peristiwa israk dan mikraj bertujuan melihatkan tanda tanda kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Ia mengajar kita supaya kita harus yakin dengan penuh kesedaran tentang mahakuasa Allah swt. Manakala kita adalah makhluk yang lemah. Hal ini menjadi penting sebab seringkali menusia suka menyembong diri kerana keilmuannya merasa serba tahu.

Saudara Kaum muslimin
Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Bergegaslah kamu sekelian untuk beramal soleh sebab nanti akan terjadi pelbagai fitnah Bagaikan potongan potongan malam yang gelap gelita di saat ada orang yang di sebelah pagi beriman manakala di sebelah petang bertukar menjadi kafir. Di sebelah petang dia beriman manakala di sebelah pagi berubah menjadi kafir. Dia sanggup jual agamanya dengan harta benda dan kemewahan dunia". Riwayat Muslim

Dalam hadis tersebut mengatakan bahawa kita akan diuji dengan fitnah berupa pengaruh harta benda dan kemewahan dunia. Bagi mereka yang nipis imannya rela menukar agama, rela menjual agama dengan kemewahan, rela menjual agama dengan kemegahan pangkat, menjual agama kerana perebutan kuasa. Mereka tidak peduli ajaran agama kerana mengejar keuntungan duniawi semata mata. Hinggalah memekai kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara' dalam segala hal.

Saudara kaum muslimin
Kegilaan manusia muslim kepada kedudukan, pangkat dan kuasa hingga digambarkan dalam hadis mudah sekali menukar agama pagi beriman petang kafir. Petang beriman pagi kafir. Memang proses gerakan memuncak menggoncang tiang keimanan seseorang muslim itu berlatar belakangkan pengaruh pengaruh duniawi. Agama dijadikan topeng untuk merebut kesenangan dan kemewahan.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Sesungguhnya di antara yang paling aku bimbang akan berlaku keatas kamu semua selepas peninggalan aku adalah terbuka luas kemewahan dunia dan keindahannya". 

Untuk menghadapi fitnah yang datang dari sumber kemewahan dunia Rasulullah saw memerintahkan kita semua agar bersegera berlumba lumba  merebut peluang membanyakkan amal yang soleh. Amal soleh adalah benteng iman. Semakin banyak amal soleh semakin teguh keimanan kita.

Punca amal soleh yang dapat membangunkan agama adalah berjihat dan bersembahyang seperti yang diperintahkan dalam Israk dan Mikraj.

Rasulullah saw bersabda " Sembahyang itu adalah tiang seri agama, sesiapa yang menegakkannya bererti menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya bererti meruntuhkan agama".

Rasulullah saw menyatakan bahawa Tali tali Islam akan putus satu demi satu, tali Islam yang pertama akan putus adalah hukum hukumnya yang tidak dipedulikan dan yang terakhir akan putus adalah sembahyang, sembahyang di sia siakan sembahyang ditinggalkan begitu sahaja.

Perlu kita sedar bahawa menurut hawa nafsu adalah berbuatan mungkar, gejala jahat. Puncak perbuatan mungkar bagi gejala jahat itu adalah mensia-siakan sembahyang, meninggalkan sembahyang.

Kita memeng sedar betapa jahatnya orang orang yang menurut hawa nafsunya, namun mensia-siakan dan mininggalkan sembahyang lebih tinggi kejahatan, kerosakan. Ini menunjukkan betapa parahnya kehidupan ini  kalau ianya dilakukan menurut hawa nafsu dan meninggalkan sembahyang.

Wassalam


Orientasi Pelajar Pasca Siswazah Sesi 2012

Seramai 19 pelajar pasca siswazah mula menjalani latihan di Jabatan Radiologi HUSM. 5 daripada mereka adalah pelajar yang menjalani latihan secara PJJ.

Sesi suai kenai antara pelajar dengan pensyarah dan kakitangan pengurusan Jabatan Radiologi telah diadakan pada jam 3 petang 7 Jun 2012.

Selamat datang kepada semua dan semoga mendapat pengalaman yang berharga di sini.

Planet Zuhrah Berada Di Antara Bumi dan Matahari

Esok 6 Jun planet Zurah atau Venus akan melintasi antara bumi dan matahari bermula jam 6:30 pagi. Kemuncaknya adalah pada jam 9: 30 pagi dan akan tamat pada jam 12:30 tengahari.

Pada ketika itu kita akan nampak satu titik hitam melintasi matahari seperti dalam gambar yang telah perlaku pada tahun 2004.


One of the rarest astronomical events occurs on Tuesday and Wednesday when the planet Venus passes directly between the Sun and Earth, a transit that won't occur again until 2117.

Transits of Venus happen in pairs eight years apart, with more than a century between cycles. During the pass, Venus appears as a small, dark round spot moving across the face of the sun, like a bug on a dinner plate.

“The Venus transit really brings home to us, in a unique way, how ordinary our sun is. It's just another star," said scientist and author Mark Anderson.

"There's something very humbling out of this experience. We are another planet in orbit around another star in another galaxy in another corner of the universe. It really brings it home to us," Mr Anderson said.

Tuesday's transit, which bookends a 2004-2012 pair, begins at 6:09pm EDT (2209 GMT) and lasts for six hours and 40 minutes. Times can vary by seven minutes depending on the location of the observer.

Skywatchers on seven continents, including Antarctica, will be able to see all or part of the Venus transit, which should only be observed with telescopes outfitted with solar filters to protect the eyes.

The internet will be a hub of activity, with live video and pictures from an armada of space- and ground-based observatories.

Even astronauts aboard the International Space Station are joining in the event.

"I've been planning this for a while," space station flight engineer Don Pettit said in a NASA interview. "I knew the transit of Venus would occur during my rotation, so I brought a solar filter with me."

It's not all about pretty pictures. Several science experiments are planned, including studies that should help in the search for habitable planets beyond Earth.

Telescopes, such as NASA's Kepler space telescope, are being used to find so-called extra solar planets that pass in front of their parent stars, much like Venus will pass by the sun. During the transit, astronomers will be able to measure Venus' thick atmosphere and use the data to develop techniques for measuring atmospheres around other planets.

Studies of Venus' atmosphere also could shed light on why Earth and Venus, which are almost exactly the same size and orbit approximately the same distance from the sun, ended up so different.

Venus has a chokingly dense atmosphere 100 times thicker than Earth's that is mostly carbon dioxide, a greenhouse gas that heats up Venus' surface to a lead-melting 900 degrees Fahrenheit (482 degrees Celsius).

The weather is brutal, with towering clouds of sulphuric acid that jet around the planet at 220mph, regularly dousing the planet with acid rain.

“A human being transported to this hellish environment would be crushed, suffocate, desiccate, and possibly ignite," wrote Tony Phillips, with Science@NASA.

Scientists are interested in learning more about Venus' climate in hopes of understanding changes in Earth's atmosphere.

During previous transits of Venus, scientists were able to figure out the size of the solar system and the distance between the sun and the planets.

Tuesday's transit is only the eighth since the invention of the telescope, and it will be the last one until December 10-11, 2117. It also is the first to take place with a spacecraft at Venus.

Observations from Europe's Venus Express probe will be compared with those made by several ground and space-based telescopes including Nasa's Solar Dynamics Observatory, the joint U.S.-European Solar and Heliospheric Observatory and Japan's Hinode spacecraft.

Armchair astronomers have rich choice of websites to monitor. Nasa's compilation will be at http://venustransit.nasa.gov/transitofvenus/

Slooh Space Camera will broadcast 10 real-time feeds of the transit from solar telescopes located in Australia, Japan, New Zealand, Hawaii, Norway, Arizona, and New Mexico. The webcast at http://events.slooh.com/ begins at 6pm. EDT (2200 GMT).

Source: agencies

Venus passing between the Earth and the Sun on June 8, 2004

Installation S2000 Ultrasound System

Jabatan Radiologi HUSM telah memperolehi 2 unit ultrasound S2000 yang dipakejkan dengan Biplane Angiografi.

Proses installasi telah dibuat pada petang Isnin 4 Jun 2012 dan T&C dijangka akan dibuat pada keesokan harinya.

Diharap dengan adanya 2 unit US ini akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan khususnya kepada rakyat negeri Kelantan.

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 01-06-2012:

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati dan dikasihi sekelian,
Pada hari yang berkat ini saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga pada sidang Jumaat sekelian, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada Nya dengan melaksanakan perintah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan ia akan menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat nanti.

Saudara kaum muslimin
Allah  swt telah memberikan kemulian kepada umat ini dengan menganugerahkan al Quran bersama sama dengan perutusan semulia mulia makhluk dan penghulu segala nabi yakni nabi kita Muhammad saw.

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah An Ambia yang bermaksud Sesungguhnya kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang didalamnya terdapat sebab sebab kemulian bagimu, maka apakah kamu tidak memahaminya.

Saudara kaum muslimin
Kita kaum musliminlah yang memiliki transkrip langit yang mengandungi firman firman Allah swt yang terakhir dan menjadi petunjuk kepada umat manusia. Anugerah ini terus terpelihara dan dijamin dari perubahan dan pemalsuan dari segi kata maupun maknanya.

Allah swt sendiri menjaganya tanpa dibebankan kepada sesiapapun daripada kalangan makhluknya. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.

Al Quran adalah kitab suci daripada Allah swt sepenuhnya. Inilah suatu kitab yang ayat ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci dan diturunkan dari sisi Allah swt yang maha bijaksana lagi maha mengetahui, iaitu marhum dari ayat satu surah Hud yang berbunyi
 
 
 Alif, Laam, Raa`. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.  

Tidak pernah ada di negeri ini satu kitab baik ianya kitab agama atau buku bahasa yang terjaga dari sebarang perubahan dan pemalsuan selain dari Al Quran. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah, yang dapat menambah atau pun mengurangi satu huruf pun daripada nya apa lagi satu surah.
 
Saudara kaum muslimin
Ayat ayat Al Quran dibaca, diperdengarkan, dihafal dan diberi penjelasan sebagaimana bentuknya saat diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi kita Muhammad saw dengan perantaraan Jibrail as. 
 
Al Quran yang terdiri daripada  114 surah dimulai dengan
 
kecuali satu surah sahaja iaitu surah At Taubah yang tidak dimulai dengan Bismillah, namun tudak ada seorangpun yang berani untuk menambah Bismillah pada awal surah At Taubah baik pada bacaan atau pun pada tulisan.

Saudara kaum muslimin
Ini menunjukkan bahawa pada persoalan yang berhubung kait dengan Al Quran tidak boleh berpandukan akal semata mata. Selain dari itu para ulamak, kaum muslimin juga menghitung ayat ayatnya, kalimah kalimahnya dan huruf hurufnya dan tidak mungkin sesiapa pun dapat mengubah dan menyeleweng Al Quran.

Tidak ada di dunia ini sebuah kitab yang dihafal oleh ribuan orang dalam hati mereka selain dari Al Quran. Ini adalah kerana Allah swt telah memudahkan Al Quran untuk diingat dan dihafal maka tidak sukar untuk kita menemui penghafal Al Quran samada lelaki atau wanita bahkan kanak kanak, samada orang yang bertutur bahasa Arab ataupun mereka yang tidak memahami sepatahpun bahasa arab.

Mereka berusaha menghafal Al Quran kerana beribadat dan mendekatkan diri nya kepada Allah swt, walaupun tanpa difahami kerana bukan bahasa ibundanya.

Saudara kaum muslimin
Al Quran bukan sahaja dijaga makna makna, bukan sahaja dijaga kalimah kalimah dan lafaz lafaznya sahaja tetapi juga cara membaca dari segi sifat dan makhraj huruf hurufnya seperti hukum hukum bacaan mad, ngunnah, izhar, idram, ikhfa, ikhlak dan lain lain.yang telah digarap dalam ilmu yang khusus yang dikenali dengan ilmu tajuwid Al Quran.

Saudara kaum muslimin
Dari segi pengisian  pula Al Quran ditulis berdasarkan Resam Osmaniah, iaitu kaedah penulisan Al Quran yang digunakan semasa penulisan semula Al Quran di zaman Sayyidina Osman. Sehingga kini sistem penulisan ini menjadi sistem penulisan yang tunggal bagi Al Quran termasuk bagi buku buku ilmiah dan lain lain.

Saudara kaum muslimin
Inilah  kitab Al Quran yang sesuai untuk sepanjang zaman dan bagi semua umat manusia.
 
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Allah swt telah menerangkan ciri ciri utama kitab Al Quran iaitiu Al Quran adalah sumber hidayah sebagaimana firman Allah swt dalah surah Al Israa' yang bermaksud Sesungguhnya Al Quran itu memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang orang mukmin yang melakukan amal amal yang soleh, bahawa sesungguhnya bagi mereka adalah balasan yang besar.

Al Quran juga adalah cahaya yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba hambanya selain dari cahaya fitrah dan akal seperti firman Allah swt yang bermaksud Maka orang orang yang beriman kepadanya, memuliakannya dan menolongnya serti mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya Al Quran. Mereka itulah orang orang yang berjaya.

Di antara sifat cahaya ialah dirinya sendiri telah jelas, kemudian dia menjelaskan yang lain, ia menjelaskan kesamaran hakikat sesuatu, menukar kebathilan, menolak shubahah, menunjuk ganjaran bagi orang orang yang kebingungan serta menambah hidayah bagi orang yang telah mendapat petunjuk.

Allah swt telah menerangkan tujuan utama Al Quran diturunkan sebagaimana di beberapa firmannya 
  1. Meluruskan dan membetulkan kepercayaan  dan pemikiran manusia tentang ketuhanan, kenabian dan pembalasan terhadap amal perbuatan
  2. Membetulkan pandangan hidup manusia tentang kemuliaan insan, menjaga hak haknya terutama golongan yang lemah dan tidak berjaya.
  3. Menghubungkan manusia dengan Allah swt agar manusia hanya menyembahnya semata mata dan bertaqwa kepadanya di dalam perlaksanaan seluruh urusan kehidupannya.
  4. Membersihkan jiwa manusia kerana apabila jiwa anggota sesebuah masyarakat bersih maka baiklah masyarakat seluruhnya. Sebaliknya jika jiwa masyarakat itu rosak maka rosaklah masyarakat keseluruhannya.
  5. Al Quran juga mengajak manusia untuk membentuk dunia manusia yang saling mengenali dan tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa bermaafan dan tidak saling benci membenci secara fanatik serta saling berkerjasama dan bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan bukan kepada perkara kejahatan dan permusuhan
Saudara kaum muslimin
Dalam hubungan kita dengan Al Quran kita berkewajipan untuk berinteraksi secara baik iaitu menghafal dan mengingatinya, membaca dan memperdengarkannya, mentadbir, merenungnya, menghayati dan mengamalkannya. Kita juga berkewajipan memahami dan berusaha mengetahui kehendak kehendak Allah swt terhadap kita yang telah dinyatakan di dalam Al Quran, memahami rahsia rahsianya dan menyungkil mutiara mutiara berharga yang terkandung di dalamnya.

Tidak sepatutnya kita umat yang menerima Al Quran mengalami keadaan yang sama yang berlaku terhadap umat yang diturunkan At Taurat dan lain lainnya . Sebagaimana ungkapan Al Quran yang bermaksud Perumpamaan orang orang yang dipikul kepadanya Al Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab kitab yang tebal, sangat buruk kaum yang mendustakan ayat ayat Allah.Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang orang yang zalim.

Wallahualam


Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week