Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah sama sama kita berusaha untuk meningkatkan taqwa kita kepada Allah SWT. Dalam kehidupan kita ini sentiasa berlaku perbezaan pendapat yang bertentangan dan perselisihan diantara suami dengan isteri, ibu dan bapa, ibubapa dan anak anaknya, keluarga dengan tetangga, pegawai dengan pegawai yang lain dan seterusnya. Apabila berlaku hal seperti ini janganlah kita membenarkan perasaan hawa nafsu atau merujuk kepeda Syaitan untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi hendaklah kembali kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw untuk menanganinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An Nisa' ayat 59 yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman taatlah Allah dan taatlah Rasulnya dan berbaiklah antara kamu kemudian jika kamu bertentang pendapat mengenai sesuatu maka kembalilah kepada Allah iaitu Al Quran dan Rasul yakni sunnah, kalau kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat yang demikian itu lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya.
Saudara Kaum muslimin
Sesungguhnya Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW adalah merupakan rujukan yang penting apabila berlaku perselisihan pendapat samada bersangkutan dengan urusan peribadi ataupun yang bersangkutan dengan masalah keagamaan dan sebagainya. Hanya keraguan itu adalah berdasarkan kepada nilai nilai yang boleh diterima oleh hati nurani serta dapat memuaskan setiap lapisan.
Saudara kaum muslimin
Jika lahir pertengkaran atau kesusahan melalui persatuan atau hawa nafsu maka timbulah akibat yang tidak baik serta kerugian lantaran itu Allah swt memberi pengajaran dan peringatan kepada kita. Firman Allah SWT yang bermaksud Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah berbantah bantah kerana nanti kamu akan menjadi lemah dan hilang kekuatan dan bersabarlah kerana Allah sesungguhnya bersama dengan orang orang yang sabar. Firman Allah SWT ini telah memberi peringatan kepada kita supaya selalu taat kepada Allah, ertinya memahami segala pengertian Al Quran dan menghayati Sunnah Rasulullah saw nescaya kita tidak akan berlaku perselisihan dan pergaduhan sesama kita, terutamanya di kalangan umat Islam. Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengajar umat supaya apabila berada dalam keadaan marah hendaklah segera berwuduk mudah mudahan Allah swt mendinginkan api kemarahan terutama antara suami dan isteri. Begitu juga Al Quran mengajar kita supaya berpisah buat sementara dari tempat tidur antara suami dan isteri itu yang paling lama 3 hari 3 malam, jika marah itu belum menurun hendaklah berusaha mencari dua orang pendamai seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud Maka demi Tuhanmu wahai Muhammad Merekantidak dikatakan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka tidak pula merasa dalam hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka terima keputusan engkau itu dengan sepenuhnya
Saudara kaum kuslimin
Dan Akhirnya kewajipan seseorang Islam hendaklah berpegang teguh dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam semua perkara. Sebagaimana yang ditegaskan oleh ulamak yang terkemuka katanya Bahawa sesuatu hukum yang tidak berdasarkan kepada Al Quran dan sunnah maka hukum itu adalah tidak betul dan membawa manusia kepada penyelewengan daripada suruhan Allah swt serta kepatuhan dan keadilan kepada saudara sesama Islam.
Alhamdulillah kita telah mendapat maklumbalas yang baik dari Jabatan ini.
Mereka telah memberi komitmen 100% untuk menjayakan "online order " untuk semua pemeriksaan di Jabatan Radiology.
En Zairul dari Viamed telah dijemput untuk memberi latihan ini
Terima kasih buat Prof M Dr Ezane kerana hadir untuk memberi penjelasan dan penerangan tambahan berkenaan dengan workflow dan tatacara kerja bagi perkhidmatan ini.
Tanah Melayu tak pernah dijajah oleh British melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura sahaja.
Secara logiknya, kalau dah dijajah kenapa British nak paksa raja2 melayu untuk menandatangi perjanjian Malayan Union... ?
Sebab tu masa nak laksanakan Malayan Union, British terpaksa mendapatkan persetujuan dan tandatangan Sultan2 Melayu.... Salah satu matlamat Malayan Union adalah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan Mahkota British....
Kita kena paham kronologi penjajahan British... Secara "teknikal dan perundangannya" .. British tak pernah menjajah Tanah Melayu keseluruhannya melainkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura... Ini terbukti semasa penubuhan Malayan Union yang antara lainnya akan menjadikan Malaya sebagai Tanah Jajahan Mahkota (dijajah secara teknikal dan undang-2).. mengeluarkan Singapura dari Malayan Union dll...
KLU X DIJAJAH, APE CERITA KITA DUK BAWAH KOMENWEL?
Mengenai Komanwel... Komanwel terdiri dari negara dan kawasan dalam Empayar British... Apa itu Empayar British? Empayar British terdiri dari negara2/kawasan/wilayah yang menjadi Penguasaan (dominions), Jajahan (colonial), Naungan (protectorate), amanah(mandates) dan lain-lain wilayah yang diperintah oleh British...
Kita ambil contoh mengenai amanah... Melaka diamanahkan kepada British oleh Belanda semasa tercetusnya Perang Napoleon.. Pengamahan ini berlaku apabila Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napolean tamat.....
Manakala protectorate pula bermaksud negeri naungan.. Dalam konteks negeri naungan ini, kita ambil contoh mudah iaitu Perak... Perak menjadi negeri naungan British pada 20 Januari 1874 yang berikutan Perjanjian Pangkor ditandatangani antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke (British) dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak serta pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor.
Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, dan akhirnya membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri2 Melayu. -
Dalam Perjanjian Pangkor itu menyebutkan "Raja Muda Abdullah diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, "nasihat Residen British hendaklah diikuti" kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British."
APE CERITA PULAK KITA NI SAMBUT MERDEKA 31 OGOS?
31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan secara total... bukan secara konsep atau emosi politik... 31 Ogos adalah hari dimana semua hak pentadbiran, ekonomi, dasar luar, diplomatik, pertahanan, hala tuju negara ini diserahkan sepenuhnya oleh British kepada Bangsa Malaya yang sebelum ini dikuasai oleh British... Bagaimana British mengasainya tanpa dijajah?
Sebab semua nasihat residen mesti diikuti oleh Sultan...
Perjanjian Malayan Union bukan bertujuan meraih sokongan rakyat... tetapi mendapatkan persetujuan TUAN EMPUNYA ASAL TANAH MELAYU iaitu raja-raja melayu untuk meletakkan Tanah Melayu sebagai negeri jajahan mahkota british.... British mengakui Ketuanan Raja-Raja Melayu terhadap negeri-negeri Melayu apabila memaksa raja-raja melayu menandatangi Perjanjian Malayan Union... Kalau nak raih sokongan rakyat... takdernyer UMNO ditubuhkan...
UMNO bukan ditubuhkan untuk menjadi parti politik atau menuntut merdeka melainkan menjadi wadah pemersatuan bangsa melayu yang taat dan setia pada raja-raja melayu dan tanahair Malaya.
Tersebut kisah seorang kafir harbi mencabar umat Islam, khususnya para ulama dan ilmuan, "kalau benar Al Quran itu mukjizat, dan relevan sepanjang zaman, buktikan kepada aku peristiwa 11 Sept 2001 ada tercatat didalam Al Quran", bentak sikafir ini dengan penuh keyakinan. Dia cukup konfiden umat Islam akan terkedu kali ini.
Dalam kekelaman itu, seorang hamba ALLAH yang hanya lulusan muqaddam, yang hanya takut kepada ALLAH dan menitis airmata sering teringat Rasulullah saw; dia datang mara ke saf hadapan. Membela dan mempertahankan kesucian dan kehormatan kalam ALLAH swt, menebus maruah ummah!
"Ada!!!" tegas 'Abdillah si hamba ALLAH ini. "Ada tercatat didalam Al Quran peristiwa 11.09.2001 ini!!!", ujarnya dengan penuh keimanan dan keyakinan! Si kafir harbi terkedu! "Prove it, buktikan!". Desak si kafir harbi. Maka berlakulah dialog diantara mereka;
'Abdillah: "Berapa haribulankah berlaku peristiwa ini wahai kafir harbi"
Kafir harbi: "11 haribulan"
'Abdillah: "Cuba kamu buka Juz ke 11 dalam Al Quran";
Kafir harbi: sambil membuka lembaran terjemahan Al Quran, "Apa ni, Abu Teroris, hanya ada beberapa surah dalam Juz 11 ni";
'Abdillah: "Bulan berapa peristiwa itu berlaku wahai kafir?" tanya insan beriman ini tanpa mempedulikan sindiran si kafir;
Kafir harbi: "Bulan sembilan. Bulan September ikut kalendar tuhan ku" jawab si harbi dengan sinis!
'Abdillah: "Didalam Juz ke 11, ada surah yang kesembilan, cuba kamu check tengok" keyakinan 'Abdillah makin terserlah;
Kafir harbi: "Apa ni, surah ke sembilan, surah At-Tawbah. Apa kena mengena 11.09 dengan bertaubat", perli sekafir harbi. Bodoh pulak si Muslim ni, kata hati sikafir!
'Abdillah: Tanpa memperdulikan perli si harbi, 'Abdillah bertanya; "Berapakah tinggi Menara Kembar WTC New York yang runtuh itu wahai kafir harbi?";
Kafir harbi: Sambil menggaru kepala yang tak gatal, "110 tingkat tuan extremis"; kata si harbi sambil menganggap ini ulama' kangkung mana nak berdebat dengan dia!
'Abdillah: "Cuba kamu tengok didalam Juz ke 11 surah ke 9 itu, ada ayat 110. Cuba kamu baca tengok", dengan senyum penuh keyakinan 'Abdillah menyuruh si kafir harbi membaca;
Kafir harbi: Sambil menyelak lembaran terjemahan Al Quran itu, dan dibacanya terjemahan ayat tersebut, "Keruntuhan bangunan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah dalam hati mereka, dan tidak habis (perasaan itu) kecuali bila hati mereka hancur runtuh (dalam tanah). Dan ingatlah, ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!!!" baca si harbi sambil dahi mula berpeluh;
'Abdillah: "Cuba kamu baca terjemahan bahasa Inggeris pulak, kot nanti kamu kata tak faham pulak kang" desak 'Abdillah kepada kafir yang malayufobia itu dengan penuh keyakinan;
Kafir harbi: sambil membuka terjemahan Inggeris, "The building which they built, will never cease to be misgivings in their hearts of hypcorisy, until their hearts are torn and cut into pieces. ALLAH is All-Knowing, All-Wise", bagai direntap-rentap jantung si harbi membaca wahyu Ilahi yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya.
Kafir harbi: "Apa ini wahai Muslim?", hati si harbi sudah mula lembut;
'Abdillah: Mari teman ceritakan asbabul nuzul, sebab turunnya ayat ini, jelas 'Abdillah mengulangi sejarah sebagaimana Saidina Ja'far Abi Tolib At-Tayyar membacakan surah Maryam kepada Maharaja Najasyi Al-Habsyi yang menyebabkan runtun jiwa Raja Besar Nasrani itu;
'Abdillah: jadi kamu lihat wahai ahli kitab, peristiwa keruntuhan Menara Kembar WTC 110 tingkat itu pada 11.09 itu sebenanya telah ALLAH ceritakan didalam Al Quran didalam Juz ke 11, surah ke 9, ayat 110!
'Abdillah: "Dan kamu belum yakin lagi dengan mu'jizat Al Quran wahai ahli kitab?", tanya hamba muttaqin ini kepada kafir yang sudah runtuh benteng kekafirannya!
Kafir harbi: "Ada apa lagi wahai Muslim?", lembut tapi sayu dan sedih bunyi suara si kafir tegar itu.
'Abdillah: "Adakah kamu tahu, huruf 'mim' dalam perkataan "hakim" di akhir ayat 110 Surah At-Tawbah itu adalah huruf ke 2001 dalam surah tersebut!!!
Subhanallah, masya ALLAH wahai Muslim.
Aku kini percaya dan yakin dengan kebenaran dan mukjizat Al Quran:
Asy hadu alla ila ha illallah, wa asy hadu anna Muhamaddar rosulullah!!!
Aku naik saksi, tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh ALLAH! Maka berimanlah si kafir harbi yang tegar itu! Menjadi seorang Muslim yang yang sejati!
I'tibar: wahai saudara Muslim ku yang beriman, yakin dan percayalah kita dipihak yang benar, ALLAH Yang Maha Esa itu benar, Nabi Muhammad saw itu benar, Al Quran itu benar, mati itu benar, alam barzakh itu benar, Akhirat itu benar, dan Syurga-Neraka itu benar. ALLAH akan membantu kita bila kita membantu agama ALLAH, dan ALLAH akan letakkan kafir kebawah tapak kaki kita - tetapi kita perlu yakin, percaya dan istiqomah.
Wallahualam
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian,
Marilah kita melahirkan rasa syukur terhadap Allah swt atas kurnian rahmat dan nikmat ke atas kita semua terutamanya nikmat Islam dan Iman. Semuga dengan kesyukuran itu kita akan mendapat tambahan nikmat daripada Allah swt.
Saudara kaum muslimin
setiap orang daripada kita tentulah inginkan perasaan cinta dan dikasihi, di sayangi seseorang, tidak ada orang yang ingin bertepuk sebelah tangan. Kita suka mencintai dan suka diri kita ini dicintai. Sebagaimana kita sebagai suami, kita cinta kepada isteri kita, kita mengharapkan supaya isteri kita mencintai kita. Begitu juga kita sebagai seorang bapa, kita sayang kepada anak anak kita dan kita ingin supaya anak anak kita supaya menyayangi kita. Demikian juga antara diri kita dengan Allah swt. Kalau kita ingin disayangi oleh Allah swt, maka sudahlah tentu kita wajib mencintainya.
Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita perhatikan firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu benar benar mencintai Allah ikut jalan Aku, nescaya Allah akan mengasihi mu dan mengampuni segala dosa dosa mu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kalau kita benar benar seorang yang beriman menyakini kewujudkan Allah swt dengan segala kesempurnaannya, dengan segala kebesarannya, dengan segala kekuasaannya, maka kita perlulah hidup berlandaskan segala ajaran Islam, iaitu ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Kita perlu mengikuti jalan yang di tunjuki oleh Baginda Rasulullah saw. Melalui jalan lurus yang membawa kita kepada mendekati Allah swt, jika kita di cintai dan menjadi hamba hamba Allah yang disayangi.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian
Apakah tanda tanda seseorang hamba itu mendapat bimbingan daripada Allah swt? melalui jalan yang lurus yang diredhai oleh Allah swt.
Saudara kaum muslimin,
Untuk mengetahui apakah diri kita disayangi Allah, marilah kita perhatikan sebuah hadist Rasulullah saw yang bermaksud Apabila Allah menghendaki seseorang hambanya mendapat kebaikan Dia bukakan kunci hatinya dan menjadikan di dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh. Dan Dia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku liku hidup yang dijalani. Dan Dia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar dan tingkah lakunya lurus. Dia Dia menjadikan telinganya mendengar kebenaran, matanya melihat hakikat kenyataan.
Saudara kaum muslimin
Dari keterangan Sabda Rasulullah saw tadi ini dapat kita fahami bahawa di antara tanda tanda seseorang hamba itu disayangi oleh Allah swt adalah
Seorang hamba yang hatinya sentiasa terbuka untuk menerima pancaran cahaya keimanan, hati yang membuang debu debu kelalaian dan kejahilan, hatinya mengenali Allah, cahaya makrifatnya menghiasi seluruh kalbunya, hatinya menjadi tadahan wahyu sentiasa bersedia pada bila bila masa untuk menerima kebenaran.
Hati yang penuh dengan kecintaan terhadap Allah swt, makrifat terhadap sifat sifat kesempurnaan itu diisi penuh dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, kepercayaan yang tidak terpukau dan tergoda dengan fitnah dunia. Keyakinan yang kukuh, yang tidak akan bergoncang dengan pujuk rayu fahaman kebendaan. Hati yang percaya bahawa apa yang ada di tangan Allah swt adalah lebih terjamin, mantap dan kukuh daripada apa yang ada di tangan kita sendiri.
Hati yang penuh dengan keimanan, makrifat terhadap Allah swt dengan keyakinan yan tidak berbelah bagi, sentiasa dalam keadaan sedar, waspada dan di susuli dengan setiap langkah yang diatur dalam setiap program yang disusun sehingga terselamat dari melakukan sebarang noda dan dosa. Tidak tunduk kepada hawa nafsu, tidak menyeleweng daripada landasan dan ajaran Allah swt.
Orang yang disayangi Allah, hatinya penuh dengan keyakinan, makrifat terhadap kekuasaaan Allah, hatinya sihat sejahtera tidak dihidapi oleh sebarang penyakit hati dalam hatinya tidak bertapak sebarang hasad dengki, tidak bertapak rasa riak, sombong, takabbur, dendam, marah, rasa permusuhan dan tidak puas hati terhadap sesama Islam. Hatinya bebas dari penyakit ragu ragu dan was was, malah sentiasa berlapang dada, sanggup menegur orang lain dan bersedia menerima, mengakui kebaikan yang dibuat oleh orang lain.
Orang yang disayangi Allah, lidahnya tidak menuduh sesuatu yang dusta, lidahnya tidak menawarkan janji kosong, kata kata manis tetapi penuh dengan kepalsuan. Sebaliknya dia sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran walaupun kebenaran itu mungkin tidak disenangi dan disukai oleh sebilangan orang. Lidahnya yang tajam itu tidak digunakan untuk menikam, untuk menjatuhkan maruah saudara sesama Islam dengan kata kata fitnah, keji, kesat ataupun maki hamun.
Orang yang disayangi oleh Allah swt sentiasa memiliki akhlak dan keperibadian, watak tingkah laku adap sopan, budi pekerti yang luhur, lurus mengikut garis panduan yang telah diatur oleh Allah swt melalui akidah yang benar, melalui kaedah yang benar, perumpamaan yang tepat, pemikiran yang luas, emosi yang tenang.
Orang yang disayangi oleh Allah swt tetap menggunakan telinga bagi mendengar pengajaran pengajaran, nasihat nasihat yang benar, tidak mudah menerima berita berita palsu dan khabar khabar angin atau berita berita fitnah yang disebarkan oleh tukang tukang fitnah.
Orang yang disayangi oleh Allah swt. Dia mempunyai mata yang tajam yang dapat membaca dan dapat melihat rahsia rahsia ketuhanan di sebalik kejadiaan ciptaan Allah swt. Matanya dapat melihat kebenaran dengan hujah hujah dan dengan dalil dalil yang terang, matanya dapat meneropong dengan penuh teliti terhadap kebaikan dan keindahan ajaran Islam. Matanya dapat membezakan mana yang halal, mana yang haram.
Firman Allah swt yang bermaksud Kecelakaan besar bagi setiap pendusta yang mendengar ayat ayat Allah yakni keterangan Allah yang sentiasa dibaca padanya kemudian dia terus berlagak sombong dan menerimanya seolah olah ia tidak mendengar, oleh itu gembirakanlah dia dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang di hormati lagi dikasihi sekelian.
Bertaqwalah kepada Allah swt dan bersama sama kita bersyukur kepada Allah swt di mana dengan limpah kurniaNya dan keizinanNya yang diberikan kepada kita maka kita semua telah dapat menunaikan ibadat di bulan Ramadhan yang lalu. Kita lakukan pada kali ini dengan sempurna dan sebaik baiknya. Kita juga bertekad untuk mengakui bahawa kita akan mempertingkatkan lagi ibadat puasa kita itu sekiranya Allah swt memberikan kesempatan kepada kita di tahun tahun yang akan datang. InsyaAllah.
Saudara kaum muslimin,
Sama sama kita sedari bahawa kejayaan di bulan Ramadhan itu bukan hanya terbatas daripada kemampuan dan keupayaan kita dengan tidak makan dan tidak minum sahaja, kerana sebenarnya tidak makan dan tidak minum itu hanyalah rupa nama pada ibadat puasa sedangkan latihan latihan pada ibadat itu ialah suatu hal yang lain daripada itu, kerana kalau hanya tidak makan dan tidak minum sahaja mungkin orang lain juga yang bukan islam atau orang yang uzur atau sakit barang kali boleh buat lebih hebat daripada kita. Kerana mereka juga biasa tidak makan dan tidak minum. Demikian juga orang orang yang kebuluran tidak mendapat makanan atau minuman. Oleh yang demikian kehebatan Ramadhan dengan ibadat puasa itu ialah terletak kepada latihan dan pengajarannya kerana di bulan Ramadhan itu ada latihan latihan yang tersendiri, seperti latihan menahan marah, latihan untuk berbelas kasihan, latihan mengawal nafsu, latihan menjauhi sifat takabbur dan yang lebih hebat sekali adalah latihan sepaya seseorang itu mengenali dirinya sendiri, siapakah dia yang sebenarnya.Samada dia tergolong di kalangan orang orang yang baik di sisi Allah swt atau pun sebaliknya. Kita wajib mengenali diri kita sendiri, bagaimana nafsu kita misalnya, bukan sahaja ia berjaya menipu orang lain tetapi ia juga pintar untuk menipu dirinya sendiri. Memang lah kita juga senasib, dapat mengenali diri kita melalui perbuatan itu. Tentang batas makanan dan minuman yang di perlukan oleh badan kita seharian berbanding dengan apa yang kita makan dan minum apabila kita tidak berpuasa, di mana kita ukur lebih banyak daripada yang diperlukan. Oleh yang demikian ternyata sekali kenapa Allah swt menegaskan bahawa kefardhuan puasa itu ditetapkan laallakum taktakun iaitu supaya kamu bertaqwa. Kerana kejayaan pertama yang dicapai oleh orang orang yang bertaqwa itu adalah orang yang berjaya melawan nafsunya dan di antara punca punca utama yang boleh merosakkan seseorang manusia itu adalah nafsunya yang tidak dikawal baik dalam makan minum dan sebagainya. Apabila ditanya mengapa seseorang itu harus merompak, menyamun, menipu, merasuah dan sebagainya, maka pada umumnya jawapannya adalah kerana takut lapar. tekanan hidup sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 60 yang bermaksud Makanlah dan munumlah kamu dari rezeki yang diberikan dan janganlah kamu merebakkan bencana di muka bumi.
Saudara kaum muslimin
Dari ayat ini jelas Allah swt menjelaskan perihal makan dan minum tetapi janganlah sewenang wenangnya selepas kamu kenyang dan mewah dengan makanan maka kamu penuhi bumi Allah ini dengan berbagai kerosakan dan maksiat.
Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang berbahagia,
Hari itu kita berhari raya bukanlah bermakna kita telah bebas dari latihan latihan Ramadhan yang kita telah lalui itu. kerana Ramadhan hanya latihan maka kejayaan kepada latihan itu adalah tindakan susulan selepas latihan itu, kerana sememangnya tujuan sesuatu latihan itu adalah untuk mengamalkan hasil latihan yang selepas itu. Tidak ada latihan bertujuan tidak baik kecuali latihan kepada perkara perkara yang tidak baik. Lazimnya latihan yang dibuat secara umumnya adalah untuk menambah kecekapan, kemahiran, keyakinan serta untuk mengubah sikap daripada malas kepada rajin, daripada jahil kepada beriman dengan harapan latihan latihan itu akan memberi pulangan baik. Pendapatan bertambah, daya mengeluaran meningkat atau kretiviti yang lebih menguntungkan serta memupuk disiplin yang tinggi. Latihan didalam bulan ramadhan akan memberi makna kepada setiap muslim apabila hasil daripada latihan itu diamalkan bermula pada hari raya hinggalah seterusnya. Dalam latihan mengawal nafsu yang telah dijelaskan tadi, Maka apakah ertinya puasa kita setiap tahun andainya umat Islam kembali semula kepada kegelojohan dan keganasan hawa nafsu. Bukan sahaja selepas hari raya bahkan pada hari raya itu sendiri pun jelas sekali imat islam itu telah di kuasai semula oleh hawa nafsunya, Nafsu makan minum telah kembali semula dengan gelojohnya, sebab itu banyak orang menyediakan persiapan hari raya dengan kuih muih yang melebihi batasan yang menyebabkan berlakunya pembaziran yang melebihi batasan.
Saudara kaum muslimin.
Nafsu hiburan pula telah memainkan peranan utama memujuk kita kepada perbuatan supaya kita lupa kepada kesan lari latihan ramadhan. Sebarang hiburan dari media rasmi atau swasta, atau melalui tv dan radio atau di sekeling kita, masing masing berlampau lampau dan bermaharaja lela. Nafsu manusia yang liar berlumba lumba dengan menggunakan lambang hari raya. Hari raya telah cicemarkan dengan itu semua. dengan bermahrahaja lela nafsu manusia yang liar dan tidak bersopan inilah sebenarnya apa yang di umpamakan oleh Baginda Rasulullah saw bahawa syaitan yang telah dibelenggukan pada bulan Ramadhan itu telah dilepaskan kembali.
Saudara kaum muslimin
Banyak perbelanjaan yang telah kita habiskan untuk itu semua berbanding dengan perbelanjaan yang dibelanjakan untuk tujuan supaya latihan latihan sepanjang bulan ramadhan itu dapat diamalkan seterusnya kepada masyarakat.. Sedangkan masyarakat dan negara kita amat memerlukan lebih banyak orang yang rajin , mampu memberi pulangan kepada masyarakat dan negara dengan daya pengeluaran yang lebih meningkat serta kretiviti yang lebih menguntungkan dengan kedudukan yang lebih bermaruah dan lebih bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran sivik dan akhlak yang cukup tinggi.
Saudara kaum muslimin.
Tetapi dengan kembali semula kepada keadaan yang di luar dari latihan ramadhan, bermahrajalela nya nafsu maka tujuan dari latihan ini tinggalah impian semata mata. Itulah yang kita dapati di negara negara maju, walau pun mereka maju tetapi sebenarnya masyarakat mereka telah runtuh
Saudara Kaum muslimin
Sesungguhnya hudup ini, hakikatnya amat memerlukan hidayat dari Allah swt, tampa hidayat dari Allah swt seluruh kehidupan tidak akan aman dan tidak akan selamat. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Kemudian bila datang petunjuk kepada kamu dari Ku melalui Rasul Rasul dan kitab kitab yang di turunkan maka sesiapa yang mengikuti petunjuk itu nescaya tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka.dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Saudara kaum muslimin
Untuk memperolehi taufik dan hidayat dari Allah swt sudah semestinya seseorang itu berada di dalam suasana yang baik. Dukacita, putus asa, jemu dan malas kepada suasana yang tidak sihat bukan sahaja kepada di sendiri bahkan juga kepada orang lain yang demikian suasana itu sendiri juga yan memainkan peranan ke arah kebaikan kita juga. Demikian juga kita sendirilah yang akan mewujudkan suatu suasana itu. Lazimnya kebaikan itu tidak akan memberikan apa apa makna sekiranya ia berada dalam suasana yang jahat. Sebab itulah tradisi yang ada, jahat lebih mudah berjangkit kapada yang baik daripada yang baik untuk dijangkiti oleh yang jahat.
Saudara kaum muslimin
Menyedari hakikat inilah maka langkah langkah pencegahan dan pengawalan amat diperlukan dan perlu dipertingkatkan agar dengan itu sesuatu suasana yang sihat dan baik itu dapat di wujudkan. Sesungguhnya tidak dianggap sempurna iman seseorang itu, sekiranya hanya menunaikan amal dan ibadat kepada Allah swt selagi mana langkah langkah mencegah dan membenteras kejahatan dan keburukan tidak dipraktiskan sama sekali.
Saudara kaum muslimin
Langkan langkah pihak yang berkenaan dan orang perseorangan dan tujuan pencegahan itu amat dihargai dan disanjung tinggi dengan itu maka pihak berkuasa harus menjaga dan mencegah umat islam daripada memasuki pusat pusat hiburan dalam bulan ramadhan seumpamanya adalah salah satu usaha yang sangat baik dan sewajibnya di teruslan sambai bila bila masa. Di samping itu wajar sekali sekiranya perkara perkara itu disusuli oleh oleh majlis daerah, dewan dewan bandaran dan kerajaan tempatan yang lain di seluruh negara. Percayalah usaha usaha yang baik seumpama itu di restui dan di doakan oleh setiap muslim dengan penuh khuyuk di hadapan Allah swt supaya mereka yang menjalankan tanggung jawab dan kewajipan itu, hidupnya di berkati oleh Allah swt. Firman Allah swt yang bermaksud Dan jagalah dirimu untuk satu hari di mana satu diri tidak boleh menggantikan diri yang lain sedikit pun dan tidak di terima pertolongan dan penggantian kerugian dan mereka tidak mendapat pertolongan.