Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 9-9-11: Tanda Kita Disayangi Allah SWT

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian,
Marilah kita melahirkan rasa syukur terhadap Allah swt atas kurnian rahmat dan nikmat ke atas kita semua terutamanya nikmat Islam dan Iman. Semuga dengan kesyukuran itu kita akan mendapat tambahan nikmat daripada Allah swt.

Saudara kaum muslimin
setiap orang daripada kita tentulah inginkan perasaan cinta dan dikasihi, di sayangi seseorang, tidak ada orang yang ingin bertepuk sebelah tangan. Kita suka mencintai dan suka diri kita ini dicintai. Sebagaimana kita sebagai suami, kita cinta kepada isteri kita, kita mengharapkan supaya isteri kita mencintai kita. Begitu juga kita sebagai seorang bapa, kita sayang kepada anak anak kita dan kita ingin supaya anak anak kita supaya menyayangi kita. Demikian juga antara diri kita dengan Allah swt. Kalau kita ingin disayangi oleh Allah swt, maka sudahlah tentu kita wajib mencintainya.

Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita perhatikan firman Allah swt yang bermaksud Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu benar benar mencintai Allah ikut jalan Aku, nescaya Allah akan mengasihi mu dan mengampuni segala dosa dosa mu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kalau kita benar benar seorang yang beriman menyakini kewujudkan Allah swt dengan segala kesempurnaannya, dengan segala kebesarannya, dengan segala kekuasaannya, maka kita perlulah hidup berlandaskan segala ajaran Islam, iaitu ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Kita perlu mengikuti jalan yang di tunjuki oleh Baginda Rasulullah saw. Melalui jalan lurus yang membawa kita kepada mendekati Allah swt, jika kita di cintai dan menjadi hamba hamba Allah yang disayangi.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihorhati dan di kasihi sekelian
Apakah tanda tanda seseorang hamba itu mendapat bimbingan daripada Allah swt? melalui jalan yang lurus yang diredhai oleh Allah swt.

Saudara kaum muslimin,
Untuk mengetahui apakah diri kita disayangi Allah, marilah kita perhatikan sebuah hadist Rasulullah saw yang bermaksud Apabila Allah menghendaki seseorang hambanya mendapat kebaikan Dia bukakan kunci hatinya dan menjadikan di dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh. Dan Dia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku liku hidup yang dijalani. Dan Dia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar dan tingkah lakunya lurus. Dia Dia menjadikan telinganya mendengar kebenaran, matanya melihat hakikat kenyataan.

Saudara kaum muslimin
Dari keterangan Sabda Rasulullah saw tadi ini dapat kita fahami bahawa di antara tanda tanda seseorang hamba itu disayangi oleh Allah swt adalah
  1. Seorang hamba yang hatinya sentiasa terbuka untuk menerima pancaran cahaya keimanan, hati yang membuang debu debu kelalaian dan kejahilan, hatinya mengenali Allah, cahaya makrifatnya menghiasi seluruh kalbunya, hatinya menjadi tadahan wahyu sentiasa bersedia pada bila bila masa untuk menerima kebenaran.
  2. Hati yang penuh dengan kecintaan terhadap Allah swt, makrifat terhadap sifat sifat kesempurnaan itu diisi penuh dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, kepercayaan yang tidak terpukau dan tergoda dengan fitnah dunia. Keyakinan yang kukuh, yang tidak akan bergoncang dengan pujuk rayu fahaman kebendaan. Hati yang percaya bahawa apa yang ada di tangan Allah swt adalah lebih terjamin, mantap dan kukuh daripada apa yang ada di tangan kita sendiri.
  3. Hati yang penuh dengan keimanan, makrifat terhadap Allah swt dengan keyakinan yan tidak berbelah bagi, sentiasa dalam keadaan sedar, waspada dan di susuli dengan setiap langkah yang diatur dalam setiap program yang disusun sehingga terselamat dari melakukan sebarang noda dan dosa. Tidak tunduk kepada hawa nafsu, tidak menyeleweng daripada landasan dan ajaran Allah swt.
  4. Orang yang disayangi Allah, hatinya penuh dengan keyakinan, makrifat terhadap kekuasaaan Allah, hatinya sihat sejahtera tidak dihidapi oleh sebarang penyakit hati dalam hatinya tidak bertapak sebarang hasad dengki, tidak bertapak rasa riak, sombong, takabbur, dendam, marah, rasa permusuhan dan tidak puas hati terhadap sesama Islam. Hatinya bebas dari penyakit ragu ragu dan was was, malah sentiasa berlapang dada, sanggup menegur orang lain dan bersedia menerima, mengakui kebaikan yang dibuat oleh orang lain.
  5. Orang yang disayangi Allah, lidahnya tidak menuduh sesuatu yang dusta, lidahnya tidak menawarkan janji kosong, kata kata manis tetapi penuh dengan kepalsuan. Sebaliknya dia sentiasa bercakap benar dan berani memperkatakan kebenaran walaupun kebenaran itu mungkin tidak disenangi dan disukai oleh sebilangan orang. Lidahnya yang tajam itu tidak digunakan untuk menikam, untuk menjatuhkan maruah saudara sesama Islam dengan kata kata fitnah, keji, kesat ataupun maki hamun.
  6. Orang yang disayangi oleh Allah swt sentiasa memiliki akhlak dan keperibadian, watak tingkah laku adap sopan, budi pekerti yang luhur, lurus mengikut garis panduan yang telah diatur oleh Allah swt melalui akidah yang benar, melalui kaedah yang benar, perumpamaan yang tepat, pemikiran yang luas, emosi yang tenang.
  7. Orang yang disayangi oleh Allah swt tetap menggunakan telinga bagi mendengar pengajaran pengajaran, nasihat nasihat yang benar, tidak mudah menerima berita berita palsu dan khabar khabar angin atau berita berita fitnah yang disebarkan oleh tukang tukang fitnah. 
  8. Orang yang disayangi oleh Allah swt. Dia mempunyai mata yang tajam yang dapat membaca dan dapat melihat rahsia rahsia ketuhanan di sebalik kejadiaan ciptaan Allah swt. Matanya dapat melihat kebenaran dengan hujah hujah dan dengan dalil dalil yang terang, matanya dapat meneropong dengan penuh teliti terhadap kebaikan dan keindahan ajaran Islam. Matanya dapat membezakan mana yang halal, mana yang haram. 
Firman Allah swt yang bermaksud Kecelakaan besar bagi setiap pendusta yang  mendengar ayat ayat Allah yakni keterangan Allah yang sentiasa dibaca padanya kemudian dia terus berlagak sombong dan menerimanya seolah olah ia tidak mendengar, oleh itu gembirakanlah dia dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya.


Sekian

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week