Ibadat Puasa

Puasa adalah rukun Islam yang ke 3
Fadhilat puasa ialah memberi didikan kepada kita agar menjadi makhluk yang bertaqwa kepada Allah swt.
Setiap amalan yang akan buat hendaklah dimulakan dengan belajar. Hanya mereka yang berilmu sahaja akan sempurna amalannya.

Puasa zahir dan juga batin adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang mengurangkan dan membatalkan pahala puasa.

Sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan supaya kita dapat memperbanyakkan amalan wajib dan sunat dengan sempurna.

Jaga mata dari melihat perkara perkara yang haram.
Jangan berkata kata pada perkara yang sia sia dan tiada faedah. Seelok eloknya kita berdiam diri sahaja.
Jauhkan diri dari mengumpat, berdusta, memfitnah dan mengeluarkan perkataan perkataan yang keji.
Menjaga telinga dari mendengar perkara perkara yang kotor dan keji, seperti mendengar umpatan orang lain.
Jangan berlebih lebihan makanan sewaktu berbuka. Makan hanya sekadar sahaja.


Lima perkara yang membatalkan pahala puasa
1. Berdusta
2. Mengumpat
3. Mengadu domba
4. Bersumpah yang bohong
5. Memandang wanita dengan penuh shahwat.

Puasa itu adalah perisai daripada melakukan perkara kejahatan.

Puasa adalah untuk mengawal keinginan hawa nafsu.

Perut yang dibenci oleh Allah swt adalah perut yang dipenuhi dengan makanan yang halal, apatah lagi perut yang dipenuhi dengan makanan yang haram.

Bulan ramadhan mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Persedian Menghadapi Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan adalah bulan yang dimuliakan oleh Allah swt, pahala digandakan berlipat kali ganda samada amalan wajib dan juga amalan sunat.

Perlu sentiasa bermuhasabah dan ada keazaman dalam hati untuk mempertingkatkan amal soleh.

Semasa memasuki bulan Rejab dan syaaban sentiasa lah berdoa agar kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan.

1. Pegertian puasa dalam bulan ramadhan.
- tahan diri dari makan, minum dan "bercakap" 
 tahan diri dari makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbik fajar hingga terbenam matahari.
- ramadhan bermaksud panas yang mempunyai besar dugaan nya dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan darjat kita dengan pahala yang berlipat kali ganda.



Ramadhan - dapat membakar segala dosa dosa sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimaman dan kesungguhan serta mengharapkan ganjaran pahala hanya dari Allah swt. 
- bertujuan untuk memberi peringatan kepada mereka yang berpuasa tentang kepanasan dan kesengsaraan di hari akhirat kelak.

Amalan rasulullah saw di bulan ramadhan
1. Memperbanyakan amalan soleh samada wajib dan sunat seperti membaca al quran, solat sunat, qiamullai
2. Memperbanyakkan sedekah
3. Menyegerakan berbuka dan sunat makan kurma dan minum air kosong.
4. Bersahur sebelum masuk imsyak.
- Berqiamullai dan bertahajjut sebelum bersahur.
5. Jauhilah dari berkata perkara yang sia sia dan keji.
6. Jika bermusafir, ada masa baginda meneruskan puasa dan ada masa baginda berbuka. - jika meneruskan puasa maka ia adalah lebih baik.
7. Boleh teruskan puasa sekiranya terlupa dengan memakan atau minum.
8. Bersugi sebelum tengahari.
9. Membasahkan kepala jika terlampau panas sebelum waktu asar.
10. Boleh masuk kan air ke dalam hidung atau mulut semasa mengambil wuduk tetapi jangan berlebih lebihan.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Bencana Lisan (sambungan)

Berkata kotor, memaki dan lidah yang cabul.
- Sifat yang dilarang oleh agama
- sifat yang tercela bersumber dari kejahatan dan kedurjanaan
- jauhilah dari kata kotor kerana Allah swt tidak menyukainya.

Rasulullah melarang para sahabat supaya jangan memaki kaum musyrikin yang terbunuh dalam perang badar.
- caci maki itu tidak akan memberi kesan kepada mereka malah sebaliknya ia akan menyakiti hati orang yang masih hidup dari kalangan mereka.
- kata kata kotor itu berasal dari kejahatan.
- bukan lah dari kalangan orang mukmin  yang berkata dengan kata kata yang kotor.

Allah tidak menyukai orang yang berkata kotor dan mereka yang suka berteriak teriak di dalam pasar.


Orang yang baik perilakunya sentiasa menjaga diri mereka dari mengucapkan perkataan yang kotor. Jika perlu disebutkan juga mereka tidak menyebutnya secara terang terangan.

Wasiah rasulullah saw kepada lelaki dusun
1. Bertaqwalah kepada Allah 
2. Sekiranya ada orang memalukan kamu maka janganlah membalas dengan memalukannya pula 
3. Sekiranya ada seseorang memaki kamu maka janganlah kamu membalas dengan memakinya pula.

Pencacian yang dilakukan oleh seseorang mukmin adalah termasuk dalam perkara yang fasik.

Orang yang memaki kedua ibubapanya adalah tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat.
Sebesar besar dosa besar ialah bila seseorang itu memaki ibubapanya.
- jangan memaki ibubapa orang lain kerana mereka juga akan membalasnya terhadap ibubapa kita.


Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Ayat 30 dan 31 surah al insan

Berusaha untuk mendapatkan jalan yang lurus dengan cara belajar untuk memahami kalimah kalimah Allah. Al quran akan menjadi panduan kepada mereka yang bertaqwa kepada Allah swt.

Ayat 30 dan 31 surah al insan
Hakikatnya segala kehendak kita dalam melakukan sesuatu kebajikan adalah datang dari kehendak Allah swt.

- manusia hanya perlu berusaha untuk melakukan segala kebajikan hasil dari kehendak kita yang datang dari kehendak dan keizinan dari Allah swt.

- semua yang kita lakukan adalah dari kehendak dan keizinan Allah swt.

( cara untuk menghilangkan ke egoan, dan sifat besar diri dalam diri kita ) 

Kena ada rasa syukur, suka dan ceria dalam hati kita kerana keizinan dari Allah supaya kita boleh melakukan Amal soleh.


Tanda kita mendapat Hidayah dari Allah swt ialah kita merasa gembira, seronok dan amat mudah dalam melakukan segala Amal ibadat.

Bagi orang yang tidak mendapat Hidayah Allah swt, segala perbuatan dan hati akan merasa gundah gulana dan amat payah untuk melakukan amal soleh.

Kena banyak beristighfar dan memohon keampunan dari Allah swt demi membersihkan hati kita dari segala dosa dan kekotoran.

Apabila Dada dan hati merasa senang dalam melakukan segala mengikut ajaran Islam maka dia berada dalam cahaya dan nur dari Allah swt.

Segala perbuatan seseorang Hamba itu samada baik dan jahat adalah dari keizinan Allah swt dan tiada sebarang paksaan.

Sesiapa yang dikehendaki akan dipilih oleh Allah akan mendapat rahmat Allah swt.

Kita kena sentiasa ada pengharapan dengan teruskan berdoa agar Allah swt kekalkan kita dalam keadaan sentiasa beriman. Kekalkan hati kita dalam keimaman.

Sentiasa berusaha dengan bersungguh sungguh sepanjang masa untuk mencari keredhaan Allah swt tak kira di mana sahaja kita berada.

Orang yang beriman yang suka berusaha mencari jalan keredhaan Allah maka mereka akan berada dalam kerahmatan Allah.

Kena sentiasa berusaha untuk suburkan iman yang berada di dalam hati

Iman umpama biji benih dan hati umpama tanah

Orang yang berhijrah dengan sentiasa bermuhasabah dirinya dan seterusnya memperbaiki diri mereka.

Orang yang zalim pula Allah akan membalas dengan azab yang amat pedih.


Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Bencana lisan - sambungan

Pertelingkahan
- sifat keji yang dilarang oleh agama
- bermula dari pertengkaran 
- banyak bantah membantah
- berterusan dan merebak

Bagi Mereka yang terainyanya, mereka akan bawa ke mahkamah syariah tanpa menokok tambah dan tidak melampaui batas dan tidak bertujuan untuk memaksa pihak lawan adalah diharuskan dan tidak haram.

Yang sebaiknya adalah dengan cara menyelesaikannya sesama sendiri

Perlu banyak bertolak ansur dan bertimbang rasa antara satu sama lain terutama dalam hubungan suami isteri.

 Selagi ada jalan keluar yang lain seperti mendapat nasihat kaunselor.

Pentelingkahan itu akan menyempitkan dada dan akan menimbulkan perasaan marah. 

Apabila marah menguasai diri ia akan membuatkan kita lupa diri dan hilang pertimbangan sehingga akan menimbulkan dendam kesumat yang membara dan akan terus menggunakan lidah untuk memburukkan sesama sendiri. 

Hati akan terganggu hingga dalam sembahyang sekali pun dia akan mencari hujjah hujjah untuk mematahkan hujjah lawannya.

Permusuhan itu adalah punca kepada segala kejahatan. 

Jangan sama sekali cuba membuka pintu kepada perkara perkara yang dilarang ini.


Jika ada makhluk Allah memberi Salam kepada kita maka hendaklah dibalas salamnya walaupun dia seseorang majusi

Penghormatan dengan memberi salam kepada seseorang maka hendaklah dibalas salam tersebut secara sama atau lebih baik lagi.

Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week