Bencana Lisan (sambungan)

Pertengkaran
Jangan bangkitkan dan sebabkan kemarahan sahabat.

Banyak sebab untuk jadi pertengkaran
Kena cegah dari bercakap perkara yang boleh berlaku pertengkaran.

Jaga diri dari mengingkari orang lain atau membangkangnya

Percakapan yang salah atau dusta dari seseorang yang tidak bersangkut paut dalam hal agama, sebaik baiknya kita mendiamkan diri.

Apabila berlaku Perbahasan ilmiah seperti perbezaan mazhab (mazhab 4) adalah lebih baik juga kita mendiamkan diri.

Jika mahu bertanya, soal lah sekadar untuk mengambil tahu sahaja dengan cara lemah lembut dan bukan berniat untuk menduga atau menyangkal atau membantah.

Jika bertanya untuk melemahkan hujjah orang lain atau melemahkan atau menjatuhkan maruah orang lain, ia adalah dilarang oleh agama Islam dan berdosa. 

Berbantahan itu akan menyakiti hati orang lain dan seterusnya akan menimbukan kemarahan dan akan menyebabkan kepada persengketaan.

Ubat kepada sifat ini
- jauhkan dari sifat membesar diri
- banyakkan berzikir kepada Allah 
- banyakkan berdoa
- banyakkan bersedekah



Pertelingkahan
- ekoran dari banyak berbantahan antara satu sama lain

- sifat degil dan keras hati adalah sifat yang paling dibenci oleh Allah swt begitu juga dengan orang yang suka berbalah balahan.

- kalau tak cukup pengetahuan tentang sesuatu perkara maka janganlah kita berhujjah dengan seseorang. Seeloknya kita berdiam diri.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Penghuni dunia menuju akhirat

Beri tarbiah kepada mereka yang lalai
Sifat Lalai dan ingat ada pada kita.

Untuk menjadi orang yang sentiasa ingat dan jauh dari sifat lalai, kita hendaklah:
- Sentiasa belajar dan mengajar
- menjadi orang yang mendengar 
- menjadi orang yang kasih kepada orang yang mengajar dan belajar

Menuntut ilmu supaya menjadi orang yang menang di akhirat kelak.

Setiap amal kebajikan atau kejahatan walaupun sebesar zarah akan mendapat pembalasan dari Allah swt di akhirat kelak.

Segera melakukan segala perintah Allah swt dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menjauhi segala larangannya.

Orang yang lalai ialah mereka yang sentiasa menjauhkan diri dari melakukan kebajikan. Mereka tidak memikirkan tentang nikmat syurga dan azab neraka.

Fikirkan tentang kehidupan di dalam kubur yang amat sempit dan sunyi.

Imam Masjid Al Qasimi Pasir Tumbuh 

Bayangkan keadaan jasad kita semasa di alam kubur.

Alam kubur adalah permulaan kepada alam akhirat. 

Sentiasa mencari kebajikan semasa hidup di dunia untuk dijadikan bekalan kehidupan di akhirat kelak.

Pahala yang besar kepada tukang azan dan mereka yang berada di saf pertama.
Oleh itu hendaklah kita datang awal ke masjid untuk mendapat saf yang pertama.

Tujuan utama kita melakukan kebajikan dan amalan yang soleh adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah swt.

Allah swt adalah yang maha kuasa atas segala galanya.

Di mana sahaja hendaklah kita sentiasa ingat kepada Allah swt dan sentiasa bercakap perkara kebajikan dan berkaitan dengan kebesaran Allah swt.

Sentiasa berzikir dalam semua keadaan sebagai satu latihan untuk dijadikan amalan kekal hingga ke kalimah akhir di waktu ajal kita sampai. 

Memperbanyakkan amalan sunat terutama sunat tahajjut seboleh bolehnya pada setiap malam.

Wallahualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Bencana Lisan - Sambungan

Melibatkan diri dalam kebatilan
- berbual bual dalam hal hal berkaitan dengan maksiat seperti menceritakan Hal kaum wanita, duduk bersama orang fasik, bercerita pasal parti maksiat, bersama sama dengan mereka yang takarbur. 
- ramai orang suka berbual bual kosong tetapi jangan terlebih dari bergurau senda dan tidak termasuk dari membicarakan Hal orang lain.

Perkara kebatilan itu sangat banyak hingga tak boleh dihitung, oleh itu tiada seseorang pun yang boleh terlepas daripadanya kecuali mereka yang bercakap perkara yang penting sahaja dan banyak bercerita berkenaan perkara keagamaan sahaja.

Paling banyak dosa seseorang di hari kiamat ialah mereka yang banyak melibatkan diri dalam perkara kebatilan.

Janganlah kita bersama mereka yang bercakap kosong dan batill sehinggalah mereka mula bercakap perkara keagamaan dan perkara yang penting dan harus sahaja.


Amal ibadat yang kita lakukan adalah demi untuk mencari keredhaan Allah swt sahaja.

Budi bahasa amat diperlukan dalam sesuatu perbuatan 

Berbantah bantahan dan bertengkar
- dilarang oleh agama Islam 
- jangan banyak bantah berbantahan dengan saudara mu
- jangan banyak berbuat janji yang tidak dapat dipenuhi.
- jangan banyak bergurau
- jangan banyak mengungkit

Tidak sempurna hakikat iman seseorang hingga ia meninggalkan berbantah bantahan sekali pun apa yang dicakapkan itu adalah kebenaran.

Jika melihat orang yang pintar berbicara dan suka berbantah maka dia tergolong dalam golongan yang rugi

Wallahualam

Kelebihan Jumaat - Sambungan

Mohon Dipelihara Agama kita, ahli keluarga, anak anak kita

Rezeki bukan hanya pada harta tapi juga anak anak yang soleh, tubuh badan yang sihat, fikiran yang tenang dll

Sunat menggunting misai dan memotong kuku, setiap helai misai yang dipotong akan diberi 10 kebajikan 

Hak atas tiap muslim adalah untuk mandi, bersugi dan memakai bau bauan sebelum ke masjid untuk solat jumaat.

40 hari, cukur bulu ari ari

Fadilat potong kuku adalah menjauhkan diri dari papa

Kerat kuku dimulai dengan jari kanan, bermula dengan jari kelingking, jari tengah dan kemudian ibu jari. Selepas itu jari manis dan kemudian jari telunjuk.

Tangan kiri pula mulai dengan ibu jari, jari tengah dan jari kelingking, selepas itu jari telunjuk dan kemudian jari manis.

Jari kelingking kaki kanan hingga jari kelingking kaki kiri.

Jangan simpan misai panjang kerana syaitan bersarang padanya

Sempurnakanlah janggut kamu dengan kadar segenggam dan potonglah yang selebihnya.

Pendapat Ulamak 
7 petala langit dan bumi dijadikan Allah pada hari Ahad.
- elok bina rumah atau bercucuk tanam pada hari jumaat

Matahari dan bulan dijadikan Allah swt pada hari isnin, oleh itu apabila mula bermusafir pada hari isnin sewaktu awal bulan.

Sakit pada awal bulan ada harapan untuk sembuh berbanding dengan sakit pada akhir bulan

Laut dan sungai pada hari rabu, mula makan ubat apabila sakit pada hari rabu

Syurga dan neraka pada hari khamis, minta hajat dari seseorang mintalah pada hari khamis dan sunat bermusafir pada paginya. 

Adam hawa hari jumaat, kahwin hari jumaat dan malamnya

Sabtu, hari tipu daya untuk bani Israel, elok memburu binatang pada hari sabtu.

Wallahhualam









Lalai

Manusia sentiasa lalai, Allah swt utuskan rasul untuk memberi peringatan kepada kita.

Kita hendaklah sentiasa berfikir dan merenung ke atas sesuatu perbuatan yang telah kita lakukan.

Kita mudah lupa dengan peringatan yang telah diberikan oleh Rasul tentang kehidupan kita di akhirat kelak. Ada dua jenis kehidupan sahaja di akhirat iaitu senang dan susah.

Setiap amalan dari kita samada baik dan buruk akan mendapat pembalasan dari Allah swt di akhirat kelak.

Apabila kita lalai kita akan melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah swt.

Apabila kita lalai kita akan terlupa kepada dosa dan pahala.

Malu membuat sesuatu kebajikan adalah tergolong kepada mereka yang lalai.


Umat Islam di akhir zaman ini sentiasa lalai dan cuba mendekati amalan agama selain dari Islam sehasta demi sehasta.

Kita sentiasa terikut ikut dengan perangai orang orang yahudi dan nasrani.

Wallahualam




Kelebihan Jumaat

Syukur kehadrat Allah swt kerana masih dipanjangkan umur untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

Akibat dari bercakap atau memberi Isyarat ketika khatib membaca khutbah maka telah lara dan tiada pahala jumaat baginya.
- satu pendapat mengatakan haram dari imam syafie, Maliki, hanafi
- satu pendapat lagi mengatakan tidak haram tetapi sekiranya diam dia akan dapat pahala. 

Mandi pada hari jumaat
- sunat muakat bagi mereka yg hendak pergi solat jumaat
- sunat mandi seperti mandi junub dan pergi awal ke masjid.
- sunat bagi imam untuk melewatkan pergi ke masjid.

Sesiapa membaca  surah alfatihah, al ikhlas, al falak dan an nas Sebanyak 7 kali pada hari jumaat selepas memberi salam sebelum berubah kakinya dan sebelum bercakap - Allah swt akan ampunkan segala dosanya yang terdahulu dan terkemudian dan diberi pahala orang orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat. 
Dipelihara agamanya, dirinya, ahlinya

Wallahualam


Bahaya Lidah (sambungan)

Bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah maka dia telah mensia siakan umurnya.

Mengambil tahu tepi kain orang lain adalah merupakan perkara yang tercela 
- mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengan kita.
- jika ada sedikit kaitan namun kita telah berlebih lebihan dari yang sepatutnya.
- kata kata yang berlebihan itu adalah tiada batasannya

Banyakkan bersedekah dan berbuat baik kepada sesama manusia

Setiap amalan dan perbuatan yang membawa kepada ketaatan pada Allah swt adalah ibadat.

Orang yang mulia adalah mereka yang mengelekkan diri dari berkata perkara perkara yang berlebihan dan sia sia. 

Orang yang mulia disisi Allah swt
1. Taqwa, 
2. Amal makruf nahi mungkar,
3. menghubungkan silaturrahim

Perkara yang paling patut disucikan oleh seseorang adalah lidahnya





Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week