Kelebihan kelebihan pada orang yang bertaqwa kepada Allah swt.
Banyak ayat Al Quran menyebut taqwa dan kemudian disusuli dengan kelebihan bagi orang yang bertaqwa.
Menafaat yang banyak dikurniakan Allah swt apabila membuat amalan kebajikan sebagai contoh di bulan Ramadhan dahulu.
Apabila Terbina sifat taqwa dalam diri maka menafaat lain pula disediakan oleh Allah swt.
Sebanyak 150 kelebihan telah disebut dalam Al Quran bagi orang yang bertaqwa.
1. Berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa, nescaya kita akan sentiasa diawasi, dipelihara, dijaga oleh Allah swt. Jaga hubungan dengan Allah swt maka Allah swt akan menjaga kita pula.
Musibah adalah ujian Allah swt kepada hambanya untuk menguji ketakwaan dan seterusnya meningkat iman dan mengangkat darjat disisi Allah swt.
2. Allah akan membuka pintu hati orang yang bertaqwa dengan itu akan menyebabkan hambanya suka kepada ilmu.
Taman taman syurga di dunia ini adalah majlis majlis ilmu. Oleh itu apabila kita berada di dalam majlis majlis ilmu seolah olah kita berada di dalam taman taman syurga.
Allah swt juga memberi ilmu secara langsung kepada hambanya iaitu melalui ilham
3. Allah swt akan menjadikan bagi kamu furqan (membezakan antara yang baik dan buruk)
Allah swt akan membuka pintu hati kita untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk.
4. Allah swt akan menghapuskan kejahatan kejahatan pada diri hambanya
Hendaklah kita sentiasa mengingati dosa dosa kita yang terdahulu dan terus beristirfar kepada Allah dan seterusnya berharap Allah swt akan mengampunkan segala dosa kita.
Amalan dosa yang kita telah kita buat masih lagi termaktub dalam buku catatan sekiranya dosa kita belum diampunkan oleh Allah swt.
Jangan mengiingati kebaikan yang dibuat, tetapi hendaklah kita bermuhasabah akan amalan yang telah kita buat samada sempurna atau tidak. Seterusnya berusaha untuk memperbaiki amalan tersebut
Jangan ada perasaan bangga diri dalam hati kita atas kebaikan dan amalan baik yang kita telah lakukan.
Kelebihan di dunia ini semuanya diperolehi oleh manusia tanpa mengira mereka beriman atau tidak. Namun hanya manusia yang beriman di dunia ini sahaja akan memperolehi kelebihan dan kemenangan di akhirat.
Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan