Hadis 27: Mengenal Antara Kebaikan Dan Dosa

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. 
~ Riwayat Muslim 


Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu.' "

Kebaikan itu adalah baiknya akhlak, dosa pula adalah apa yang terasa mengganggu atau debaran dalam diri dan hati kecil kita tidak suka akan perkara itu.

Mintalah fatwa pada hati sendiri, kebaikan itu adalah menenangkan diri dan hati, dosa pula adalah berdebar dalam diri dan dalam dada ada ragu ragu. 

Kepentingan hadis
- ucapan Rasulullah mengenai kebajikan dan dosa yang merangkumi semua perbuatan baik dan jahat.

Pengajaran 
1. Definisi kebajikan - berbuat amal, menjalinkan hubungan kemasyarakatan yang baik dalam bentuk percakapan dan perbuatan. 
Kebajikan adalah perkara yang ringan dan mudah seperti menunjukkan wajah berseri dan wajah yang lembut serta mudah memberi senyuman.

Firman Allah , kebajikan dikepilkan dengan taqwa. 

2. Definisi kebajikan - ketaatan kepada Allah. Tak terlepas dengan hubungan dengan Allah dan juga makhluk.

Firman Allah, bukanlah boleh dinyatakan kebajikan itu dengan menghadap muka ke timur dan barat, tapi ia adalah seseorang yang beriman kepada Allah swt, 
- yakin dengan hari akhirat yang menyebabkan kita beramal bersungguh sungguh di dunia, 
- Beriman dengan malaikat dan yakin dengan tugas tugas malaikat, yakin dengan mata hati kita di mana Allah swt akan membalas segala perbuatan baik dan buruk kita. 
- Beriman dengan al Quran yang amat penting dalam kehidupan kita
- beriman dengan para Nabi 
- memberi harta yang dicintai kepada kaum kerabat, sahabat handai, anak anak yatim, dan lain lain

Kebenaran tentang kebaikan dan keburukan itu boleh di ketahui oleh fitrah manusia.

Apabila berzikir hati akan tenang dan akan terpancar kepada anggota lain, jika hati resah gelisah maka perkara yang kita lakukan adalah berdosa.

Peringkat peringkat berbuat dosa
1. Mula mula buat dosa, hati rasa tak tenang
2. Menjadi biasa
3. Membela dosa itu
4. Bermusuh dengan kebenaran.

Tanda tanda melakukan kesalahan
Berdebar debar dalam hati
Tidak suka dilihat oleh manusia

Apabila ada keraguan pada fatwa kita kena terima apa yang seadanya kerana hati itu tak selari dengan keputusan tersebut.

Apabila menghadapi manusia untuk memberi keputusan dan teguran hendaklah dengan kemampuan seseorang itu.

Al Quran adalah Akhlak Rasulullah.

Islam itu sangat menghargai hati, nilaian Islam adalah pada akhlak seseorang dan bukannya pada moral semata mata.




Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week