Tafsir surah As Sajadah: Ayat 19

Ayat 19
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

Jelas kepada kita bahawa pertanyaan Allah pada ayat sebelumnya dijawab oleh Allah swt pada ayat ini.

Perbezaannya adalah dari segi pembalasan yang akan mereka perolehi dengan tujuan untuk beri semangat dan motivasi kepada orang orang yang beriman.

Mereka sanggup bersusah payah di dunia ini kerana Allah swt.

Tanda tanda orang yang beriman kepada hari pembalasan di hari akhirat
1. Semua Amalan di dunia adalah menjadi tanggung jawab yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti
2. Bermotivasi untuk melakukan amal yang soleh di dunia ini. Matlamat kejayaan hidup mereka bukan di dunia tetapi di negeri akhirat. Kejayaan di dunia adalah sementara tetapi kejayaan di akhirat adalah kejayaan yang hakiki. Mereka menggunakan kejayaan di dunia ini sebagai pemangkin kepada kejayaan di akhirat kelak.
3. Orang yang banyak beramal ibadat tetapi fikiran mereka rungsing dan bimbang kerana takut Allah swt tak menerima amalan mereka itu.

Hari Khamis adalah hari diangkat amalan ke akhirat oleh itu Nabi saw puasa pada setiap hari Khamis.

Paling kurang jangan tinggal 3 hari puasa dalam sebulan. Satu hari puasa pahalanya menyamai puasa 10 hari. Pada hari hari putih, 14, 15 dan 16. Amalan ini dianjurkan oleh Nabi saw.

Ayat 20
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

1. Mereka engkar kepada perintah Allah swt.
2. Mereka beriman tetapi berterusan melakukan maksiat kepada Allah swt

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week