QS dan Ebby Halim

Pada 31-1-2013 di perkarangan Dewan Utama USM Kampus Kesihatan, saya telah berpeluang untuk minum petang bersama dengan DJ Radio Kelantan FM iaitu QS dan Ebby Halim.

Kehadiran mereka adalah untuk membuat liputan secara langsung menerusi TV1 dan juga Kelantan FM sempena lawatan Timbalan Pertada Menteri Malaysia ke Kelantan.

Sayangnya pada hari itu saya telah terlupa untuk membawa telefon bimbit yang juga merupakan kamera peribadi saya untuk merakamkan detik detik peristiwa tersebut.

Mereka bukan sahaja mesra semasa bersiaran di radio, tetapi juga semasa di luar.






Nama : Nur Aishah Bt Mohd Yusof
Gelaran : QS
Tarikh Lahir :10 November 1987
Status : Bujang
Hobi : Membaca & Memasak
Penglibatan awal : Mula bertugas pada Jun 2011 di dalam segmen selenta (6-9 mlm ) dan beralih pula ke pilihan segmen gala ( 10-2 ptg ) dan ceria pagi (6 pagi – 10 pagi ) apabila segmen baru ( CEKOK ) mula di perkanalkan segmen tersebut yang bersiaran pada pukul ( 9mlm-12 tgh mlm) sekarang bertugas di segmen ceria pagi setiap hari sabtu dan selasa, cekok setiap hari rabu dan khamis.
Tagline :  Hidup Biar berbakti Bukan Mengharap Untuk Di Puji.





Gelaran : EBBY HALIM AL- FIRDAUS atau PAKCHU
Tarikh Lahir : 20 SEPT 1974
Status : berkahwin
Hobi : Membaca ,aktiviti sukan lasak  pancuan 4 roda
Penglibatan awal : Meminatibidang penyiaran (DJ dan Juruacara ) bermula sejak di bangku sekolah.
-       Memulakan tugas sebagai juruheboh sambilan di radio Kelantan Fm bermula 1998 juga diberi peluang menjadi pelakon drama radio,
-       Menjawat jawatan tetap sebagai penerbit rancangan pada 2005 di radio Kelantan fm . Bertugas sebagai penyampai di konti / DJ , penyampai berita radio ,pelakon drama, menerbitkan rancangan-rancangan agama, penerbit rancangan hiburan  / Pertandingan seperti ,Bintang Realiti,Bintang P.Ramlee , Bintang Klasik, Sketsa Wokyoh.
-       Penyampai berita wilayah TV! Sejak 2007 lintas langsung dari Kelantan . Menjadi DJ Ikon stesen Kelantan fm.
Tagline :  Ada perkara yang kita sukai tetapi ianya tidak baik untuk kita,Ada perkara yang kita suka, padahal ianya baik untuk kiata,jangan menoleh sesuatu hanya pada zahir semata-mata.


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week