Kempen Penjimatan Kemudahan Asas 2012 Peringkat HUSM

Engku Nazli Engku Ariffin Setiausaha J/K Penjimatan Kemudahan Asas Hospital USM.


Objektif kempen adalah untuk menggalakkan semua staf agar mengamalkan sikap berjimat cermat dan menggunakan serta menjaga segala kemudahan asas dengan sebaik mungkin.

Antara langkah-langkah yang disarankan bagi memastikan kempen ini berjaya adalah:
 
 a) PERALATAN ELEKTRIK 
1) Pastikan semua peralatan elektrik yang tidak digunakan di'OFF'kan sebelum pulang. 
2) Pastikan lampu Koridor di 'OFF' pada waktu siang 
3) 'OFF'kan lampu atau alatan lain apabila waktu rehat atau tidak digunakan
 
 b) PENYAMAN UDARA 
1) Pastikan suhu dalam keadaan selesa (24 C) 
2) Pastikan pintu dan tingkap tidak dibiarkan terbuka. 
3) Gunakan ekzos di ruang berhawa  dingin ketika perlu sahaja. 
4) Elakkan penggunaan 'central a/c', 'split unit' dan kipas secara serentak. 
5) Pastikan penyaman udara di'OFF' sebelum pulang.
 
 c) TELEFON/FAX 
1) Gunakan Telefon pejabat untuk tujuan rasmi sahaja. 
2) Perluaskan penggunaan e-mail. 
3) Ringkaskan percakapan. 
4) Gunakan telefon/fax secara berhemah. 

 d) AIR 
1) Buka paip dengan kadar pengaliran yang perlahan. 
2) Tutup paip dengan sempurna selepaskan digunakan. 
3) Lapor segera ke UKP jika berlaku kerosakan/kebocoran di talian 3113.
 
 e) SISA KLINIKAL 
1) Pastikan hanya sisa klinikal sahaja dimasukkan ke dalam plastik/tong kuning    dengan merujuk kepada panduan bergambar yang disediakan.
 
"PENJIMATAN MEMASTIKAN KELESTRIAN HARI ESOK"
 

Penangguhan SBPA - Siapa Yang Ambil Kesempatan

Walaupun SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Jan 2012 ditangguhkan sebagaimana pengumuman PM, namun kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) menimbulkan persoalan  banyak tandatanya dan apakah apakah sebenar yang dimaksudkan dengan para 1 dan 10 kenyataan media KSN tersebut. Siapakah yang dimaksudkan tidak terjejas dan tidak menjadi kurang baik itu.


PM Najib mengumumkan penangguhan tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui termasuk PM Najib sendiri bahawa berdasarkan `khabar baik' yang bertiup kencang bahawa pegawa-pegawai tinggi seperti Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti  Pelajaran, Kerjaraya, Kesihatan, Peguam Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha (KSU-KSU)  yang dengar ceritanya seramai 36 orang telah menandandatangani opsyen terima SBPA 1 Jan 2012 lalu gaji mereka telahpun dinaikkan hampir 100% berbanding SSM. Mereka langgar arahan PM?Jadi apa ertinya penangguhan yang PM Najib maksudkan itu sedangkan sudah ada perompak yang menyamun di siang hari?

Contohnya, jika dulunya mereka yang gaji hakiki SSM tidak termasuk elaun-elaun RM12 ribu menjadi RM19 ribu sebulan.  Mereka ini kemudiannnya dibersarakan (exit policy) atas skim SBPA dan dimasukkan dalam skim Premier dengan gaji pokok RM35-RM65 ribu sebulan mulai 2 Jan 2012.

Yang menjadi persoalannya, jika PM telah buat keputusan tangguh mengapa gaji yang dibayar pada 16 Jan masih gaji SSM dan baki beza akibat kenaikan gaji dalam skim SBPA dibayar pada 31 Jan? Adakah bermakna SBPA ini  sebenarnya tidak ditangguhkan? Adakah penangguhan ini hanya `ayat wayang’ untuk menjaga kepentingan 'premier' yang telah berkuatkuasa mulai 2 jan 2012 dan jika SBPA betul-betul ditangguhkan, maka hilanglah semua habuan yang mereka idam-idamkan itu. Dan jika ini keadaannya,siapa sebenarnya yang ingin kerajaan jaga?

Baca selanjutnya di sanggahtokjanggut

Wassalam

Kuliah maghrib 30-1-2012

Bulan maulidur rasul kena perbanyakkan selawat ke atas nabi.

Sesungguhnya Allah Dan malaikat senantiasa berselawat keatas nabi.
Wahai orang yang beriman berselawat lah kamu ke atas nabi.

Sebagai tanda kasih kita
Syafaat nabi di hari kiamat
Nabi sangat sayang kepada umatnya
Sentiasa berselawat ke atas nabi
Cintakan sunnah nabi

Cerita Abu Lahab bergembira semasa kelahiran nabi-
Dia memerdekakan hamba yang memberitahunya dan dia mencari orang untuk menyusukan nabi.
Ada seorang sahabat bermimpi Abu Lahab dapat minum air yang keluar dari celah celah jarinya di dalam neraka

Allah tidak akan ciptakan makhluk ini jika tak kerana nabi muhammad saw.

Sebelum membahagikan harta warisan / wasiat hak hak si mati mesti disempurnakan terlebih dahulu seperti
1. Upah haji
2. Zakat yg belum dikeluarkan
3. Denda atas kesalahannya - kifarat
Kemudian barulah boleh dibhagikan harta hartanya.

Tingkatan warak

1. Warak - taat pada suruhan Dan tidak melanggar larangan Allah

2. Warak dengan menghindarkan diri Dari perkara shubahat, tidak jelas.

3. Warak kepada perkara yang jelas halal Tapi dia ragu ragu perkara itu menarik kepada haram seperti melakukan benda benda yang tidak harus/ makruh

4. Warak melakukan sesuatu yang tidak berdosa tetapi dilakukan bukan kerana Allah. Dan tiada niat bertaqwa pada Allah.

Bila memberi suka mengurangkan Dan bila menerima suka melebihkan boleh menjauhan diri Dari sifat warak

Sifat orang warak - Tak nak ambil debu dari tembok rumahnya kerana dikuatiri debu itu bukan haknya.

Sifat warak Khalifah Umar Abdul Aziz bila bekerja menyukat minyak wangi beliau menutup hidung kerana tak nak ambil bau yang bukan kepunyannya.

Wallahualam




Angio Site Preparation

Sudah ke bersedia site ini untuk menerima peralatan angiografi yang baru?

Gaya Si Kecil

Gaya Si Cilik semasa nak ke sekolah. Bukan betul betul nak ke sekolah pun, eksyen aje tu.

Kuliah Maghrib: 29-1-2012

Di Alam kubur telah ditunjukkan berkenaan syurga atau neraka

Hadis Nabi saw
Apabila mati seseorang kamu maka diperlihatkan padanya tempat dia menginap setiap hari, pagi dan petang samada dia ahli syurga atau neraka.

Hadis ini diperkuatkan dengan firman Allah dengan kisah Firaun yang sekarang ini berada di Alam barzah.

Pesanan
Untuk merasakan kewujudan perkara ini kita sebagai orang mukmin kena sentiasa meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah swt.

Ketika saat hendak mati Allah swt akan tunjukkan kemana hala tujuan kita di akhirat kelak.


Hadis Nabi saw
syaitan akan mengikat sanggul kepala seseorang itu apabila dia tidur dengan 3 ikatan.

Bila bangun tidur baca doa bangun tidur lantas tercabut satu ikatan

Bila berwudhuk terlepas satu lagi ikatan

Bila sembahyang tercabutlah kesemuanya.

Jika tak buat ketiga perkara tersebut , jiwa seseorang itu tidak akan tenang

Doa ketika bersetubuh
Ya Allah jauhilah kami dari syaitan dan juga zuriat kami dijauhi dari syaitan.

Waktu dilarang solat sunat
1. Apabila terbit matahari sehingga jelas nampak sebutir matahari
2. Lepas asar sehingga maghrib.
3. Sedikit waktu sebelum zohor

Nabi saw diperlihatkan ahli syurga ramai orang miskin dan di dalam neraka ramai perempuan.

Sifat ahli syurga
Awal awal kumpulan manusia yang memasuki syurga rupanya bagai bulan purnama. Mereka tidak buat benda yang menjijikkan dalam syurga dan mereka tidak buang kotoran dari hidung dan tidak buang air besar,

Alat wangian mereka dari kayu gaharu, setiap seorang ada 2 isteri

Tidak ada selisih pendapat dan sentiasa bertasbih kepada Allah swt.

Apa yang dipaparkan adalah fahaman saya dari apa yang saya dengar. Kalau ada salah adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wallahualam

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 27 -1-2012: Perkahwinan, Anak Anak dan Tanggungjawab

Ikhwanil muslimin
Marilah kita sama sama mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan mengerjakan suruhan dan mengerjakan segala larangannya. Mudah mudahan kita mendapat keredhaannya di dunia dan akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan pasangan isteri dan dijadikan dari kamu dan pasangan kamu anak anak dan cucu cucu serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal. Maka patutkah mereka yang engkar itu percaya kepada perkara yang salah, penyembahan berhala dan mereka kufur pula akan nikmat Allah.

Ikhwanil muslimin,
Allah swt telah menjadikan umat manusia dari keturunan Adam dan Hawa kemudian keturunan manusia itu berbahagia menerusi perkahwinan dan percaturan antara lelaki dan perempuan. Kemudian Allah menciptakan lagi zuriat keturunan manusia sehingga kekal keturunan itu sambung menyambung dari satu generasi ke satu generasi silih berganti.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Berkahwinanlah kamu dengan perempuan perempuan yang penyanyang dan mampu melahirkan ramai anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya  kamu pada hari kiamat.

Menerusi gambaran Alquran dan hadis yang dibaca tadi dapatlah difahami bahawa Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin, kerana melalui perkahwinan itulah akan melunas dan membuahkan limpahan rahmat mawaddah dan kasih sayang yang datang daripada Allah kemudian dijelmakan dalam bentuk seorang anak kecil yang perlu dibelai, dijaga dan kelak akan menjadi pelapis dan penyambung hidup ibubapa.
Lantaran itu kehidupan sesebuah keluarga tidak akan pupus dan berakhir atau terputus baqa dan zuriat keturunan mereka apabila mati orang tuanya.

Ikhwanil muslimin,
Anak merupakan anugerah Allah swt kepada sesebuah keluarga dan anak itu juga merupakan hiasan hidup kepada ibubapa sebagaimana dijelaskan dalam Al Quran yang bermaksud Harta dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia dan amal amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhan sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. 

Anak anak juga adalah amanah Allah swt yang diserah untuk dijaga dilindungi dan di pelihara buat sementara waktu, kemudian ia akan diambil balik oleh pemiliknya iaitu Allah swt.

Penyair ada mengatakan yang bermaksud Nyatalah harta dan anak pinak itu laksana barang amalan atau simpanan maka sudah tentu di satu hari nanti barang amalan itu akan dikembalikan kepada empunya iaitu Allah swt.

Allah swt menetapkan kewajipan memelihara dan melindungi anak anak di atas bahu ibubapa sebagai orang yang paling bertanggungjawab secara langsung di atas kelahiran dan kehadiran mereka, Sesungguhnya tidak ada orang yang paling dekat dan rapat yang diharapkan untuk melayani dan memelihara anak anak secara menyeluruh kecuali ibibapanya sendiri.

Namun atas sebab sebab keuzuran ibubapa maka tugas untuk memelihara dan melindungi anak anak tadi akan berpindah kepada walinya, atau kepada saudara mara sebagai ibubapa angkat. Amanah menjaga dan melindungi hak kanak kanak dalam Islam adalah mencakupi jagaan dan perlindungan seperti berikut;

  1. Melatih supaya mereka bergaul dan mengambil contoh teladan daripada orang orang yang cekal menghadapi cabaran hidup dan orang yang tinggi hemahnya. Sebagaimana kata penyair Bergaul dengan orang orang yang berazam tinggi akan timbul keazamannya, bercampur dengan orang yang murah hati akan menimbulkan sifat kemurahannya. Orang yang berjiwa kecil akan memandang perkara kecil itu besar, manakala orang yang berjiwa tinggi akan melihat pada yang besar itu kecil. 
  2. Menyediakan makan minum dari sumber yang halal lagi baik. 
  3. Menjaga dan mengawasi keselamatan serta maruah diri anak anak dari sebarang ancaman dan bahaya.
  4. Memenuhi keperluan rohani menerusi bekalan ilmu dan makrifat yang secukupnya.
  5. Ibubapa hendaklah sentiasa memberi teguran dan nasihat membina terhadap perlakuan buruk atau negatif anak anak agar perbezaan erti mendidik atau mendera difahami betul betul oleh ibubapa. Jangan kita sekali sikali menyalahkan psikologi mendidik kononnya sikap bermanja manja atau berdiam tidak menegur anak anak sebagai satu penyelesaian akhir, sedangkan keburukan yang mereka lakukan amat berat dan bahaya. 
Ikhwanil muslimin
Perbuatan mendera dan menzalimi anak anak yang masih kecil dengan menggunakan benda benda tajam dan alat alat bahaya seperti putung rokok, sterika panas, lebih lebih lagi mencabul kehormatan kanak kanak adalah jenayah keji dan kejam. Ama;lan kolot ini dan kezaliman sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh seorang yang bernama bapa atau atuk, seorang yang bernama ibu atau nenek, seorang yang bergelar bapa atau ibu tiri, bapa atau ibu angkat kerana perbuatan seperti itu tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. 

Perbuatan sedemikian adalah dianggap zalim dan terkutuk di sisi Allah swt dan juga manusia. Sesungguhnya orang yang masih ada sifat peri kemaknusian tidak akan tergamak dan sanggup menganyanyai anak anak yang  tidak ada daya dan upaya untuk mempertahankan diri. Sebaliknya orang orang yang sanggup menzalimi anak anak adalah orang yang sudah ketandusan jiwa, orang yang sudah tidak berhati perut dan sehingga sanggup mendera anaknya sendiri. 

Ingatlah bahawa kenakalan terkawal dan kelincahan anak anak itu adalah satu perkembangan mental dan perkembangan akal yang baik dan daya kreatif mereka akan berkembang selari dengan kesihatan diri mereka. 

Perhatikan kepada haiwan haiwan pun tidak seganas manusia, hatta haiwan yang dikatakan ganas, buas pun masih mempunyai perasaan kasih sayang sanggup bertanggung jawab terhadap anak anak mereka dan bersedia untuk menyelamatkan anak mereka dari mara bahaya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Allah swt telah menjadikan rahmat kesihan belas sebanyak 100 bahagian , yang 99 bahagian itu dipegang disisinya dan hanya satu bahagian sahaja diturunkan ke dunia ini. Maka dengan satu bahagian itulah semua makhluk dapat berkasih sayang sehingga haiwan pun sanggup mengangkat tapak kakinya kerana bimbang akan terpijak anaknya.

Ikhwanil muslimin
Marilah kita sama sama menginsafi dan sedar akan tanggungjawab kita kepada anak anak lebih lebih lagi anak yang masih kecil kerana ianya merupakan amanah daripada Allah swt kepada ibubapa. Mencari nafkah yang halal untuk menyara hidup anak anak merupakan jihat,  memelihara, melayani dan melindungi akan menambahkan keberkatan hidup kepada ibubapa. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Sesungguhnya Tuhan kamu mempunyai hak ke atas kamu dan diri kamu mempunyai hak ke atas kamu dan juga keluarga kamu mempunyai hak ke atas kamu, maka hendaklah kamu menunaikan hak hak itu kepada yang empunyanya.

Sekian

Pengurangan 90% Tunggakkan Denda Hasil Tanah

Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk mengurangkan tunggakkan denda hasil tanah sebanyak 90% kepada semua pemilih tanah yang mempunyai tunggakkan denda mengikut kaedah peruntukan 17A kaedah kaedah tanah Negeri Kelantan 1966.

Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik tanah yang mempunyai tunggakkan denda cukai tanah.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Tanah Dan Galian Kelantan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan perkara perkara berikut:

  1. Resit bayaran fail pemohon bernilai RM20
  2. Cabutan hak milik terkini
  3. Bil cukai tanah
Tempoh tawaran ini akan berakhir sehingga akhir tahun 2012 sahaja.

Sekian Terima kasih

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 20 -1-2012:Alam Barzah, Adakah Kita Sudah Bersedia?

Ikhwanil muslimin,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekelian. Marilah kita sama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan perintah perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah swt di dunia dan di akhirat.

Ikhwanil muslimin
Sebagai seorang islam yang berpegang kepada Al Quran dan Hadis, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib di lalui oleh sekelian manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun, tetapi puratanya berumur di antara 60 - 80 tahun. Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati.

Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati, dan meninggalkan dunia fana ini. Malahan Rasul yakni manusia yang paling dekat dengan Tuhannya, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah swt pun tidak dapat lari dari kematian.

Menghadapi Alam Barzah dan hari penghakiman di Padang Mahsyar: Firman Allah swt dalam surah An Nisa' ayat 78 yang bermaksud Di mana sahaja kamu berada pasti mati mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat. 

Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah. Maka pastilah ia kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia yang lain.

Persoaalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian kejadian yang tidak dapat dielakkan  bila seseorang manusia itu mati ia dikatakan kiamat kecil berlaku kepada diri manusia itu kerana jasadnya menjadi busuk dimakan cacing, tulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan ruh telah keluar dari badan manusia. Ruh lah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Ikhwanil muslimin,
Kubur atau Alam Barzah adalah sebagai tempat permulaan Alam Akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak sakaratul maut, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzah.

Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah, maka dalam suasana yang gelap gelita 2 malaikat  iaitu Mungkar dan Nakir datang menghapiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh dan ketaqwaan yang unggul, maka Alam Barzah adalah sata alam kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang engkar sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah swt, maka Alam Barzah adalah episod ngeri yang dipenuhi oleh gelombang azab sengsara sehingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air dan meraung meminta pertolongan.

Khutbah ingin mengingatkan ahli jemaah dan umat Islam sekelian bahawa pada akhir zaman ini semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, Alam Barzah dan Alam Mahsyar kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya  dan kelazatan kehidupan dunia. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang dan terus mencabut nyawanya.

Saidina Ali pernah berkata bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru ia terjaga dari tidurnya. demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur ia akan terkejut apabila kematian datang secara mendadak.

Kesibukan mencari keseronokan da kelazatan dunia adalah merupakan penyumbang terbesar kepada kelalaian manusia untuk mengingati mati dan membuat persedian untuk menghadapi kematian. Sebagai contoh  mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat ubat jalanan yang mengandungi dadah yang merbahaya dan bahan bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh kementerian kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah olah menggali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung kesiksaan hidup dengan penyakit penyakit kronik yang akhirnya akan membawa kepada kehancuran dan kematian.

Ikhwanil muslimin
Persoalan tentang perkara ghaib misyalnya  mengenai kematian, Alam Barzah, Hari Kiamat, Syurga, Neraka da sebagainya adalah hak Allah swt yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil Al Quran dan hadis hadis sahih. Dasar akidah yang bersumber kias, ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak amalan sesat adalah salah. Para nabi dan para malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib adalah setakat yang diizinkan oleh Allah swt sahaja.

Firman Allah swt yang bermaksud Hanya Tuhan sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapa pun melainkan kepada sesiapa yang diredhaiNya dan RasulNya, maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya 


Ikhwanil muslimin
Mengakhiri khutbah pada minggu ini saya menyeru supaya insaflah dan sedarlah bahawa kematian adalah merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi kedunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian sahabat dan rakan kita yang telah kembali menyahut panggilan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan rakan kita itu telah menimbuilkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi bagi menghadapi kematian yang pasti datang itu.

Ingatlah dan sedarlah bahawa Alam Barzah sentiasa menanti nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita.  Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatang dan menjemput diri kita. Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian.

Sebagai renungan marilah kita sama sama  menghayati Firman Allah swt dalam surah Al Imran ayat 144 yang bermaksud Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun di dahului oleh beberapa orang Rasul, apakah kalau Dia mati atau terbunuh kamu berpaling ke belakang murtad dan sesiapa yang berpaling ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun walau sedikitpun dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu 

Majlis Sambutan Hari Jadi Cucu Saudara

Majlis sambutan ulang tahun kelahiran cucu saudara yang pertama diadakan 2 hari lebih awal daripada tarikh hari lahirnya yang sebenar.

Selamat hari lahir Ellisya Edriana

Majlis perkahwinan anak Sn Noraini

Majlis diadakan pada hari Isnin 23 Januari 2012. Pada hari ini ada empat majlis perkahwinan yang saya kena hadiri.
Alhamdulillah saya dapat meluangkan masa untuk menghadiri semua jemputan ini. Terima kasih kepada Encik Sayuti.

Ultrasound Training

Pengajaran ultrasound secara live menggunakan direct audio video connection.
Program ini buat pertama kalinya dibuat di PS1
Walaupun jangka masa perancangan adalah sangat singkat dan lokasi pengajaran itu di putuskan di saat saat akhir, namun ianya dapat dilaksanajan dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada En Zakaria.

Yee Sang

Kali pertama berpengalaman makan yee sang di sebuah restoran di Kota Bharu. Di bawah ini diceritakan serba sedikit berkenaan yee sang dan sejarahnya di Malaysia.

Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari.

Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo.

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.

Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.

Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.

#Maxislistens

“@Firdaus_Maxis: @nfauriza Hi, please DM your mobile number, exact location and landmark for further investigation. TQ #MaxisListens”

@nfauriza Nik Fauriza 0129****11 location radiology department Hospital university sains Malaysia

@Firdaus_Maxis Hi, may I know since when you are facing this issue? TQ

@nfauriza For the last 3 weeks and it's getting worse

@Firdaus_Maxis Hi, it means you are getting fluctuate signal in that building only. No issue if you are out of that are. Pls reconfirm. TQ

@nfauriza Yes, last time its ok. Is there any possible way to improve the reception inside the building

@Firdaus_Maxis Hi, I will create a network report for you tomorrow when I'm back to office and update you with the case number. TQ

@Firdaus_Maxis Hi, case created to check your network issue and the case ref. no. is C1065****. We will contact you once we have a feedback. TQ


Maxis Oh Maxis

RT @nfauriza: @MaxisListens inside Radiology dept at Hospital Universiti Sains Malaysia Kelantan, Maxis line reception are very bad.

RT @nfauriza: @MaxisListens we cannot make or receive call. Unlike digi and celcom their reception are good. Is there any action from maxis to improve this?

RT @nfauriza: Yes, all maxis users, since new building was built. It Might block the network line RT @Zairie_Maxis: @nfauriza Hi, since when did the network issue started to occur? Does all Maxis users experiencing the same difficulties? TQ #Maxislistens

FMRI: Latihan Asas Simulator

Latihan asas bagi sistem simulator untuk functional MRI telah di buat oleh Delta Mediscience.

Latihan asas selama satu hari ini adalah sebagai persediaan untuk latihan sebenar pada hari ini.

Antara staf staf yang terlibat adalah juru x ray dari Jabatan Radiologi dan PPSK, Pegawai sains, Saintis, Pakar Perubatan dan researcher dari Jabatan Neuro sains.
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week