LCD Projektor: Tengok bola percuma

  1. Malam tadi balik pasang layar gergasi di kedai kopi kat kampung.
  2. Pengunjung kat kedai kopi tersebut boleh layan tengok bola beramai-ramai
  3. Sebelum ini mereka duk tengok bola dengan tv bersaiz 29 inci sahaja.
  4. Terima kasih kepada adik saya yang bekerja di Putrajaya, beliau  telah memberi sumbangan untuk membeli LCD ini.
  5. Pemasangan layar gergasi ini telah dibuat secara bergotong royong oleh pengunjung tegar di kedai kopi ini.




Wassalam

Latihan Aplikasi Perisian RIS: Hari Pertama

  1. Latihan pada hari pertama dimulakan pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pukul 5:30 petang.
  2. Sebanyak 4 sesi latihan telah diadakan.
  3. Dua sesi kepada petugas di kaunter perdaftaran yang terdiri dari stafnurse, juru proses, PAR dan atendan. 
  4. Dua sesi latihan lagi kepada radiographer

 Latihan pada sesi pertama

 En Sabri... are you ok?

 Ok, tak ada masalah.... kacang aja

 Stafnurse Nik Jah dan atendan Yati

 Sesi ke dua bersama Juru x-ray

 Peace dulu, sebelum latihan

 Khusuk mendengar penerangan dari application trainer

 Sesi "hands on" juga di adakan

 En Haidy banyak mengemukakan soalan

 Kalangan pemerhati dari pelajar latihan industri

 Sesi  ke tiga pada sebelah petang

 Cik Yati ni dah biasa dah guna perisian ni


 Sesi ke empat pada lewat petang kepada juru x-ray

En Al Hanif dan Cik Hidayah

Wassalam

Telur Penyu


  1. Telur penyu adalah makanan kegemaran saya sejak kecil lagi
  2. Dahulu senang di dapati dan banyak dijual di Pasar Siti Khadijah.
  3. Kalau dulu bila berkunjung ke warong nasi sumatra telur penyulah menjadi  hidangan utama di samping ayam kampung goreng.
  4. Sekarang ini ianya amat sukar didapati - mungkin penyu dah merajuk untuk bertelur
  5. Telur penyu apabila direbus ianya sedap dimakan begitu sahaja, tak perlu dicampur dengan apa-apa perisa. Rasanya dah secukup rasa
  6. Salah satu makanan exotik yang saya sangat suka makan - tapi kata orang banyak kolestrol.
  7. Makan ajelah, bukannya selalu dapat.
  8. Terima kasih untuk telur penyu ini.
Wassalam

RIS: Persediaan untuk training Viarad4

Antara kakitangan yang terlibat dengan persedian untuk latihan RIS

 Prof M. Dr Mohd Ezane dan En Hanif sedang berbincang untuk mengemaskinikan lagi perisian Viarad4

 En Zakaria sedang memasang komputer untuk hands on Viarad4

En Affendi dan Application trainer untuk Viarad4 sedang bersiap sedia untuk sesi training pada 23-25 Mei ini


Wassalam

MRI 3T: Hari Ke-13 - Pencahayaan Lampu Di Dalam Bilik MRI

 Gantry magnet yang telah siap sedia untuk di pasang penutupnya



 Rak tempat penyimpanan coil dan aksesori

 Pencahayaan lampu - wow!! satu pengalaman baru yang menarik untuk pesakit









  1. Proses installasi ini akan di sambung semula pada hari Isnin depan
  2. Petugas yang terlibat dalam pemasangan ini telah diberikan cuti untuk kembali bertemu keluarga masing-masing.
  3. Dah 2 minggu mereka berkampung di Kota Bharu, khususnya di Jabatan Radiologi
  4. Selamat berehat untuk semua yang terlibat dalam pemasangan MRI 3T ini
Wassalam

Macam Macam Hal

  1. Macam dah berjanji pulak
  2. Tiga orang tunggak utama Jabatan Radiologi.
  3. Ini bukan pakaian seragam Jabatan Radiologi
Wassalam

C.M.E: 19/5/2011 - Amalan 5S

 penceramah : En Wan Shaipuddin dari Bahagian Penyelidikan PPSP

Pengerusi majlis: En Khew Kuan Kooi

Amalan 5 S

  1. Tujuan utamanya adalah untuk wujudkan budaya kerja berkualiti dengan persekitaran menarik, bersih dan tersusun. Ia juga dapat meningkatkan idea kreatif di kalangan staf disamping dapat mewujudkan staf  yang berdisiplin.
  2.  5 S telah di bawa ke Malaysia oleh Dr Kazio Sthusia  pada tahun 1997.
  3. S berasal dari permulaan perkataan Jepun Se dan Shi.
  4. Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal - ( Ia mendisiplinkan kita)
  5. 5S dapat lahirkan rasa tanggungjawab dan sayang kepada tempat kerja.
  6. Perlaksanaan 5S memerlukan sokongan yang padu dari staf dan ketua jabatan.
Sisih
- buang yang tak diperlukan
- cara menyisih. mana yang perlu,
- mana yang tiada nilai.hendaklah di buang atau dilupuskan
- mana yang ada nilai, boleh dijual
- mana yang tiada nilai tetapi memerlukan kos pelupusan yang tinggi

Susun
- yang berguna ikut kod, nombor atau jilid
-susun  ikut keperluan, yang selalu diguna disusun dekat dengan kita
- Mana yang kurang atau tak digunakan hendaklah disimpan dalam stor.
- Lakukan ujian 30 saat untuk mencari kembali dokumen yang di simpan

Sapu
- bersihkan tempat kerja
- wujudkan perasaan ownership
- adakan jadual secara giliran untuk membersihkan tempat kerja.

* Yang penting  idea hendaklah datang dari staf sendiri

Seragam
- ikut Peraturan dan garis panduan
- perlu ada carta alir untuk tujuan penyeragaman

Sentiasa amal
- buat sepanjang masa.
- Amal apa telah ditetapkan dan persetujui.
- satu kaedah perlu dirancang utk dpt sijil 5s.
- patuhi apa yg telah tetapkan
- Audit dalaman perlu diwujudkan dalam organisasi
- anjurkan pertandingan dalaman
- lawatan ke organisasi contoh
- Berikan penghargaan kepada aktiviti yg menarik minat pekerja.

Kesimpulan
Persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan bersih dan teratur.

MRI 3T: Hari Ke-12, Ramp Up Magnet

 Peralatan untuk ramp up magnet

 Sempat posing dulu semasa proses ramp up, magnet belum kuat lagi

 Kamera, telefon dan peralatan elektromagnet, masih boleh dibawa masuk

 Mangnet sedang dalam proses ramp up
 Sebahagian dari panel kawalan telah dilengkapi dengan monitor dan komputer

 Engineer yang kesemuanya dari Malaysia yang terlibat dengan pemasangan MRI 3T

 Sedang meneliti kuasa magnet yang telah di ramp up

 Ketika ini bilik MRI telah tidak selamat untuk di masuki bersama dengan barang barang elektromegnetik

 Kontraktor untuk site preparation telah siap sedia untuk pulang

Kasut engineer yang mempunyai besi telah melekat pada gantry ( ambil gambar dari jauh )

  1. Proses ramp up untuk mencapai kuasa magnet sehingga 3 Tesla mengambil masa selama 4 jam
  2. Proses bermula pada pukul 5 petang dan dijangka selesai pada pukul 9 malam
  3. Apabila telah mencapai 3 tesla graf akan di plot untuk melihat homogeniti pada medan megnetik
  4. Selepas itu proses ramp down akan dijalankan untuk mengdiscajkan kuasa megnet kepada zero
  5. Proses ini  perlu dibuat untuk meneruskan pemasangan pada beberapa bahagian lagi pada gantry.
Wassalam

Aktiviti 18 Mei 2011 Jabatan Radiologi

  1.  Konfigurasi mammo workstation oleh wakil dari Carestream.
  2.  Workstation telah kembali berfungsi seperti biasa
  3.  Hanging protocol telah diimplementasikan
  1. Applikasi training untuk perisian Voxar 3D
  2. Application specialist dari GE telah datang untuk mengajar perisian ini
  3. Sessi pagi dan petang telah dibuat dengan kehadiran sebahagian dari MMED dan Radiologist
 
  1. En Nordin sedang memberi penerangan berkenaan dengan imej radiografi kepada pelajar latihan industri.
  1.  Sesi penerangan berkenaan dengan Digital Radiografi dibuat di bilik mesyuarat GDA

  1. Penerangan khusus berkenaan dengan software dan applikasi PACSIW diberi secara khusus kepada PACS Administrator.
  2. Beberapa kemuskilan telah dapat diselesaikan dengan bantuan dari En Kugan

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week