Persiapan Majlis Berbuka Puasa Jabatan Radiologi 2012

Orang kuat IT dan AVA Jabatan Radiologi sedang memasang sistem pembesar suara

Ruang Menunggu pesakit dijadikan macam dewan makan utama

Angkat dan susun

Kenapa lambat ni? Angkat jangan tak angkat

Meja ni tak boleh pakai, kaki dah patah

Baik baik Wan, nanti terkena jari

Student pun sama sama membantu



Dah hampir nak siap


Phewwwww wiiiiiit

Manis senyum tu... ada makna 

Anak aku kuat menendang ni

Wassalam

Kuliah Subuh 11.8.2012: Malam Lailatul Qadar



Antara intisari kuliah yang disampaikan,
Kita semua ini adalah dari keturunan nabi, yakni Nabi Adam, keturunan yang berasal dari Syurga dan insyaallah kita akan dikembalikan ke dalam Syurga.

Berpuasa dengan penuh pengabdian dan keimanan kerana patuh kepada perintah Allah swt

Pada 10 malam yang terakhir di bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar. 

Kitab karangan Imam Zainuddin yang menceritakan malam Lailatul Qadar ada 27 pendapat ulamak ulamak berkenaan dengan malam Lailatul Qadar. 

Antara pendapat pendapat ulamak yang diceritakannya adalah malam Lailatul Qadar boleh berlaku:-

  • Pada malam pertama di bulan Ramadhan
  • Ada satu sahaja pendapat yang mengatakan malam Lailatul Qadar berlaku di luar dari bulan Ramadhan kerana ibadat seseorang itu telah mencapai satu kemuncak yang tertinggi lantas Allah swt menganugerahkan kepada orang itu malam Lailatul Qadar kepadanya.
  • Pada 10 malam pertama di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam kedua di bulan Ramadhan
  • Pada 10 malam ketiga di bulan Ramadhan dan ini adalah pendapat paling ramai ulamak
  • Malam Nuzul Al Qulan adalah malam Lailatul Qadar ( Ada 3 pendapat ulamak: antaranya malam 17 Ramadhan, malam 21 Ramadhan dan malam 24 Ramadhan  ) 
  • Malam yang genap pun boleh berlaku malam Lailatul Qadar
Nabi Muhammad saw sempat berpuasa Ramadhan selama 9 kali, yakni tahun ke 2 Hijrah. 

Pada zaman Nabi saw, Lalailatul Qadar pernah berlaku pada malam 21, 23, 24 (di Madinah ), 25, 27, 29.

Ada sesetengah pendapat ulamak ahli sufi mengatakan sekiranya hari permulaan puasa adalah pada hari Sabtu maka malam Lailatul Qadar adalah pada malam 21.
 
Pada malam Lailatul Qadar sekelian malaikat yang berada di Arash akan turun ke bumi dan dikatakan adalah lebih banyak/ramai dari bilangan butir butir pasir yang berada di bumi. Malaikat akan pergi ke rumah orang Islam yang sedang beribadat. 

Tanda tanda kehadiran Malaikat itu semasa beribadat kita akan merasa tenang, tenteram, khusuk, lazat, jiwa menjadi sayu hingga mengalir air mata. Malaikat akan menggosok gosok kita dan berdoa bersama sama dengan kita.

Sesetengah orang yang dibuka hijab oleh Allah pada malam Lailatul Qadar akan dapat merasakan/melihat air laut menjadi manis, pokok pokok sujud kepada Allah, cahaya terang benderang di langit.

Tanda tanda yang paling jelas adalah pada keesokan harinya di mana cahaya matahari akan samar samar seperti bulan purnama hingga ke waktu tengahari kerana malaikat yang turun ke bumi pada malamnya akan berpusu pusu naik ke langit selepas terbit fajar hingga ke waktu tengahari. Keadaan ini telah menyebabkan cahaya matahari menjadi samar samar dan bahang panasnya tidak terasa.

Yang paling banyak berlaku Malam Lailatul Qadar adalah pada malam yang ke 27.

Apakan yang patut kita buat pada malam Lailatul Qadar ini?
Sekiranya pada malam Lailatul Qadar kita melakukan solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat Terawih dan seterusnya Witir , solat Tahajjut, Taubat, Hajat, membaca Quran, wirid  hinggalah ke waktu subuh kita akan mendapat pahala beribadat seperti 1000 bulan yang lain.


Matahari pada pagi 24 Ramadhan, 7.20 pagi



Kuliah Subuh Sabtu 11.8.2012

Wassalam

Berbuka Di Masjid AlQasimi

Majlis berbuka puasa anjuran qariah masjid AlQasimi telah diadakan pada hari Selasa 7 Ogos 2012.

Majlis ini telah dihadiri oleh hampir seramai 60 orang muslimin dan muslimah.

Oleh kerana tidak mahu tergesa gesa semasa menunaikan solat maghrib kebanyakan qariah membawa balik nasi tersebut.

Wassalam

Pelajar Latihan Industri

Pelajar latihan industri sesi 2012 yang menjalani latihan di Jabatan Radiologi HUSM sedang menyiapkan tugasan di dalam Makmal Komputer.

Pelajar pelajar ini adalah dari gabungan 4 buah universiti iaitu USM, UPM, UITM dan UKM

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 03-08-2012: Al Quran Sebagai Panduan Hidup

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Marilah kita bersyukur kepada Allah swt atas segala nikmat dan rahmat yang sentiasa dilimpahkan kepada kita kerana denhan bersyukur itu dapat menambah kepatuhan dan ketaatan kita kepada Allah swt yakni menggunakan nikmat itu untuk melaksanakan perintah Allah dan juga untuk menjauhi segala laranganNya.

Sekarang kita berada di pertengahan bulan Ramadhan yang mana pada setiap tahun kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Selain disebut sebagai bulan Puasa, shahrulsiam, Ramadhan juga shahrulquran atau bulan Al Quran kerana dalam bulan inilah Al Quran pertama kali diturunkan. Sebagaimana firman Allah swt

 A185

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 
 (Al-Baqarah 2:185)

Adapun menentukan malamnya atau tarikh Nuzul Al Quran ulamak ulamak masih berselisih pendapat, namun ada pendapat yang dikira kuat iaitu ianya diturunkan pada tanggal 17 Ramadhan. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Dan ketahuilah bahawa apa saja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya 1/5 nya dibahagikan untuk jalan Allah, Rasul dan kerabat Rasulullah dan anak anak yatim dan orang orang miskin serta ibnu sabil, dan orang musafir yang keputusan, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada hamba kamu yakni Nabi Muhammad saw pada hari al Furqan iaitu hari pertemuan angkatan  tentera Islam dan Kafir di Medan Perang Badar dan ingatlah Allah maha Kuasa pada tiap tiap sesuatu.

Saudaara kaum muslimin
Yang dimaksudkan hari pertemuan  dua golongan itu ialah hari pertemuan kaum muslimin dan musrikin di Badar pada hari Jumaat tahun ke 11 Hijrah. AlQuran ini diturunkan secara berfasa, sesuai dengan peristiwanya selama lebih kurang 22 tahun 22 bulan dan 22 hari.

Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud Dan orang orang kafir berkata mengapa tidak diturunkan Al Quran itu kepada Nabi Muhammad semuanya sekali yakni sekali gus. Al Quran diturunkan secara beransur ansur itu kerana hendak menetapkan hati mu wahai Muhammad dengannya dan kami nyatakan bacaan kepadamu dengan teratur satu persatu.

Saudara kaum muslimin
Pada awalnya Rasulullah saw membacakan Al Quran yang diterima beliau melalui Jibrail as kepada para sahabat. Para sahabat kemudian menyalinnya dan hafalan itu ditulis pada batu dan kulit binatang atau pada kulit kulit kayu. Tulisan tersebut dihafal dan disimpan didalam hati masing masing. Hafalan tersebut tidak menjadi sekadar hafalan namun menjadi perhiasan diri mereka dan dari perhiasan ini kemudian diturunkan menjadi perkataan, menjadi perbuatan dan mereka berusaha melahirkan masyarakat yang mentradisisikan Al Quran di tengah tengah kehidupan.

Saudara kaum muslimin
Yang bakal mendapat syurga keraian malam Nuzul Quran malam 17 Ramadhan adalah malam yang kesekian kalinya dalam hidup ini. Memperingati malam turunnya adalah hal yang sangat baik, hal yang sangat penting dilakukan kerana dengan itu diharapkan mampu menubuhkan kecintaan kita terhadap kitab yang diturunkan oleh Allah swt ini.

Itu pun jika kita umat Islam mengambil perhatian, mengambil peringatan, namun bila peringatan malam Nuzul Al Quran sebagai satu upacara semata mata, kita telah menurunkan darjat malah menjatuhkan nilai Al Quran itu sendiri.

Saudara kaum muslimin
Rasulullah saw bersabda yag bermaksud Akan datang satu zaman bagi manusia tidak tinggal pada Al Quran melainkan tulisan semata mata

Saudara kaum muslimin
Jika kita umat Islam menganggap kepentingan Nuzul Quran hanya terletak kepada upacara upacara maka ianya sangat pahit untuk kita telan dan umat Islam telah kehilangan faktor faktor kemenangan dalam hidup ini. Ingatlah kitab Al Quran diturunkan untuk dibaca dan diimani dan bukan untuk disimpan seperti perabut dan almari.

Saudara kaum muslimin
Jika terjadi sebaliknya maka kita terpaksa mengaku telah terjadi jurang pemisah yang sangat dalam antara pedoman hidup yang lari daripada cara hidup Islam yang sebenarnya.

Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita menanam kesedaran bahawa tanpa Al Quran kita menjadi hina walaupun sebelumnya kita mulia, bodoh sedangkan sebelumnya kita cerdik, kita lemah padahal sebelumnya kita kuat.  Ingatlah hanya dengan pedoman Al Quran sahajalah yang dapat memimpin umat Islam keseluruhannya, memimpin perabadapan manusia dengan segala kemegahan dan kejayaan kerana umat ini menjadi mercu tanda yang menerangi kegelapan, kehidupan dan kemiskinan. Mereka hidup di Padang Sahara namun mampu menerangi kehidupan manusia lain. Inilah umat yang di abadikan dan disanjung oleh Allah swt di dalam Al Quran.

Firman Allah Swt
A110


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(A-li'Imraan 3:110)

Saudara kaum muslimin
Sudah tentu kita tidak mahu hanya di bulan mulia yang penuh berkat ini kita melihat umat Islam memenuhi masjid masjid dan di mana mana ada dibaca Al Quran. Urusan dunia dan urusan akhirat dijaga. Inilah gambaran sebenar umat Islam.

Ingatlah bahawa dunia tidak akan kembali kepada kejayaan dan peradaban Islam yang tinggi kecuali kita kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar benarnya.

wassalam



CME Jabatan Radiologi 2 Ogos 2012

Dua orang Juru x ray telah mempersembahkan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Puan Rashidah dan En Zulzaimi telah diberi penghormatan pada kali ini.

Bazar Ramadhan Di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

Bazar Ramadhan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV adalah antara bazar Ramadhan yang terbaik di Negeri Kelantan.

Berbagai jenis makanan, minuman dan kuih muih dijual di sini. Di samping harga yang berpatutan, kualiti barangan jualan dan kebersihan juga sentiasa dipantau.

Kepada mereka yang berkunjung ke Negeri Kelantan pada Bulan Ramadhan ini, jangan lupa singgah di Bazar Ramadhan Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Tempahan Biskut Raya

Biskut raya telah sedia untuk ditempah. Kepada yang sangat sibuk dan tiada masa untuk membuat sendiri atau kurang pandai untuk membuatnya, bolehlah membuat tempahan.

Tanpa biskut raya, sambutan hari raya terasa seperti tidak lengkap.

Ketuk Ketuk Ramadan Di Jabatan Radiologi

Program Ketuk Ketuk Ramadhan musim 2012 memang menjadi tontonan yang popular di bulan Ramadhan ini. Rancangan ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan kakitangan Jabatan Radiologi.

Mereka berkesempatan menonton rancangan ini semasa berkelapangan iaitu semasa tiada pemeriksaan dilakukan.



Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week