CME 12-7-2012: YOKUK

Pada sesi CME kali ini Dr Salma telah mengambil kesempatan untuk menceritakan aktiviti YOKUK yang telah dan akan di jalankan oleh Jabatan Radiologi.

Seperti tahun tahun sebelumnya aktiviti amal ini di jalankan pada bulan puasa.

Sekalung tahniah yang tidak terhingga buat Dr Salma dan juga pasukannya yang telah bersusah payah untuk meneruskan aktiviti amal ini.

Tahniah juga buat Dr Salma kerana telah menyampaikan ceramah ini dalam bahasa Melayu.

Sekiranya ingin menderma sila berjumpa dengan kerani di Pejabat Radiologi.





5S vs Kursus Pemantapan

Masa terluang kakitangan di Jabatan Radiologi telah diisi dengan aktiviti 5S dan berbincang untuk persembahan kumpulan semasa kursus pemantapan nanti.

Suasana begitu meriah sekali dengan penglibatan kakitangan untuk memberi idea masing masing.

Aku tukang ambil gambar aje lah. Nak bagi idea pun otak dah tepu. Hanya sokongan sahaja yang mampu diberikan

Wassalam

Mesyuarat?

Di mana mana sahaja boleh mesyuarat/berbincang, tak perlu ada agenda/minit mesyuarat, tak perlu ada kerusi/meja, tak perlu ada jamuan ringan/pizza.

Yang penting adalah keputusan yang diambil adalah secara musyawarah dan ia adalah tepat, cepat serta boleh memberi kebaikan untuk semua.

Functional MRI Training

Program pembelajaran secara berterusan terus dijalankan di Jabatan Radiologi HUSM. Pada minggu ini MRI radiografer telah terlibat dalam latihan MRI functional.

Apa tu functional MRI?
Manalah saya tahu, MRI yang asas pun saya tak pernah buat. Kalau plain radiography boleh la tanya saya.

Wassalam

Aktiviti 5S Sentiasa Amal

Walaupun dua aktiviti gotong 5S telah diadakan namun aktiviti memantapkan lagi 5S tetap berterusan di Jabatan Radiologi.

Penglibatan kakitangan dalam aktiviti susun dan seragam sentiasa diamalkan sepanjang minggu ini.

Aktiviti ini juga berterusan walaupun selepas waktu pejabat.

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 6-7-2012: Kelebihan Bulan Syaaban

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada tuan tuan sidang Jumaat sekelian dan juga kepada diri saya sendiri, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintah  dan meninggalkan segala larangannya.Mudah mudahan pada hari yang berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat nanti.

Saudara kaum muslimin
Allah swt menjadikan setiap detik waktu dan masa adalah membolehkan manusia menguruskan hidupnya bagi meraih keredhaannya. Kini kita berada di satu bulan yang mulia lagi berkat. Bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan iaitu bulan Syaaban. Yang mana di bulan ini adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin. Latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi. Ia merupakan medan ibadat bagi umat Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Keutamaan bulan Syaaban diatas semua bulan itu seperti keutamaan aku ke atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu keatas semua bulan ibarat keutamaan Allah swt". Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita sebagai umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan kita menghadapi bulan Ramadhan.

Saudara kaum muslimin
Banyak hadis yang menceritakan kelebihan bulan Syaaban ini, antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan Aisyah ra yang bermaksud "Maka tidaklah aku melihat Baginda saw berpuasa selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan dan tidaklah aku melihat Baginda Rasulullah saw memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban" Riwayat Al Bukhari.

Saudara kaum muslimin
Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini adalah ibadat puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu ibadat yang agak sukar kerana ia benar benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun ini adalah amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Barang siapa yang berpuasa sehari dalam bulan Syaaban diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka, dia akan menjadi rakan taulan kepada Nabi Allah Yusuf di dalam syurga, diberi pahala oleh Allah swt seperti  pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini dimudakkan Allah akan saat matinya dan terlepas dari kegelapan alam kubur. Bebas dari huru hara Mungkar dan Nakir. Ditutup Allah akan aibnya dan diwajibkan syurga ke atasnya".

Pada bulan Syaaban terdapat satu malam yang dinanti nantikan oleh umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Ini adalah kerana pada malam tersebut Allah swt memberikan kelebihan kepada hamba hambanya dan memberi keampunan kepada meraka kecuali kepada yang syirik kepada Allah swt.

Sebagaimana Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah yang bermaksud "Allah swt melihat kepada makhluk makhluknya pada malam Nisfu Syaaban lalu mengampuni makhluk makhluknya kecuali orang yang mushrik dan orang yang bermusuh musuhan".

Saudara kaum muslimin
Untuk mencapai keredhaan pada bulan ini maka umat Islam dianjurkan berbagai ibadat antaranya melakukan ibadat puasa sunat dan qiamullai. Inilah ibadat yang paling diutamakan oleh Rasulullah saw pada bulan yang mulia ini. Rasulullah saw memperbanyakkan ibadat sunat pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ambillah peluang ini untuk membiasakan diri kita  dengan ibadat ibadat seperti puasa supaya ianya tidak menjadi keberatan apabila tibanya bulan Ramadhan nanti.

Melakukan solat sunat tahajjut dan solat sunat taubat amatlah ditekankan terutama pada malam Nisfu Syaaban yang lepas. Inilah masa yang sesuai untuk diperbanyakkan berdoa memohon supaya diberi keampunan dan kerahmatan dari Allah swt.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban lalu berqiamullai pada malamnya dan berpuasa di siangnya maka sesungguhnya Allah swt turun kelangit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman Adakah di sana orang yang memohon keampunan lalu Aku mengampunkan dia, Adakah disana orang yang memohon rezeki lalu aku memberikannya rezeki, Adakah disana orang yang diberi ujian (bala bencana) lalu aku mensejahterakannya, Adakah disana sehingga terbit fajar". Riwayat Ibunu Majjah.

Saudara kaum muslimin
Dan yang kedua memperkukuhkan tali silaturrahim sesama manusia. Hubungan sesama manusia adalah amat penting kerana ianya bersangkutan antara hubungan manusia dengan Allah swt. Leraikanlah permusuhan sesama kita dan saling bermaaf maafan kerana Allah swt tidak akan mengampunkan dosa manusia selagi mana mereka tidak saling bermaafan. Sucikan diri dari perasaan dendam dan dengki sesama muslim sebelum tibanya Ramadhan supaya amal ibadat dalam bulan yang berkat ini dapat dirasai kemanisannya

Dan Yang ketiga.Beristiqamah dalam melaksanakan amal ibadat dan kebajikan. Amal ibadat yang dilakukan secara berterusan akan menjadikan jiwa kita sentiasa melakukan amal ibadat tersebut
tiap tiap hari walaupun hanya sedikit atau sekejap masa yang diambil untuk melaksanakannya.

Dan yang keempat.  Memperbanyakkan memohon keampunan kepada Allah swt. ramai yang tidak menyedari bahkan alpa dengan segala dosa yang dilakukan semakin hari semakin bertambah terutamanya dosa dosa kecil datang dari perbuatan manusia samada melalui percakapan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan. Semua dosa ini sebenarnya telah menjadi titik hitam dalam hati yang menyebabkan hati kita menjadi semakin keras. Lebih membimbangkan hati akan jauh dari petunjukkan Allah swt.

Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun daripada Allah swt selagi pintu keampunan itu masih terbuka. Allah swt berfirman dalam surah Hud ayat 3

A003
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)

Wallahualam



Sebahagian Dari Hasil Aktiviti 5S

Setelah bertungkus lumus selama beberapa minggu, ditunjukkan sebahagian dari hasil program 5S di Jabatan Radiologi.

Walaupun nampak agak mudah dan simple namun ianya adalah hasil usaha dari kakitangan jabatan secara berpasukan.

Insyaallah Jabatan kami akan sentiasa mengamalkan program 5S ini.

Wassalam

Gotong Royong Hari Sabtu

Aktiviti gotong royong sekali lagi telah diadakan pada hari Sabtu 7 Julai 2012 untuk memantapkan lagi program 5 S di Jabatan Radiologi HUSM.

Kakitangan dari semua kategori telah datang dan bertungkus lumus mengemas, menyusun, menyapu dan menyisih mengikut tempat yang telah dijadualkan.

Sekalung tahniah untuk semua staf yang telah sudi datang dan menjayakan aktiviti ini

Wassalam

Kelantan Juara Liga Super 2012

Pasukan Kelantan telah mengekalkan kejuaraan dengan mempertahankan Liga Super dua tahun berturut turut.

Kejayaan tersebut diraikan setelah berjaya mengalahkan pasukan Perak dengan jumlah jaringan yang besar iaitu 6-0.

Dengan kejayaan ini pasukan The Red Warrior telah berjaya memenangi dua piala pada tahun ini, iaitu piala FA dan juga piala Liga Super.

Selepas ini Piala Malaysia dan juga Piala AFC akan menjadi buruan pasukan dari Pantai Timur ini.

Tahniah untuk pasukan Kelantan. Gomo Kelate Gomo

Wassalam

Nangka Gergasi

Nangka tahap gergasi seberat lebih kurang 50kg baru diambil dari kebun peninggalan arwah bapa.

Nak diusung seorang tak larat, terpaksa meminta tolong dari kakak.

Walaubagaimanapun nangka ini belum masak lagi, kena diperam terlebih dahulu

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week