MRI 3T: Hari Ke-6 - Pemasangan Perabut dan Kerja Kayu

 Sebahagian dari perabut yang akan di pasang di bilik MRI

 En Khew dan En Che Nazri 

 Vinyl telah di pasang di bilik panel kawalan

 Hj Ahmad sedang meneliti sebahagian dari kayu yang akan dijadikan almari


Siling / bumbung antara Quadrangle dan bangunan hospital telah ditukar

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 6 -1-2012: Bisikan Syaitan

Saya berpesan kepada tuan tuan dan diri saya sendiri, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepadaNya dengan melaksanakan perintah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ikhwanil muslimin
Sejak sekian lama umat Islam telah diperingatkan oleh Allah swt menerusi ayatNya Bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Justeru, di dalam mengabdikan diri kepada Allah swt manusia ini dapat digolongkan kepada dua golongan.

Golongan yang pertama mereka yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah swt dan golongan yang kedua adalah mereka yang ingkar dengan ketentuan dan ketetapan Allah swt.

Firman Allah swt dalah surah Hud ayat 24 yang bermaksud Bandingan dua golongan itu samalah seperti orang yang buta serta pekak dengan orang yang celik serta mendengar. Adakah kedua dua golongan itu sama keadaannya? Maka tidakkah kamu mengambil peringatan.

Orang orang yang beriman mereka menyerahkan kehidupannya hanyala kepada Allah swt dan bukan kepada yang lain selain dari Allah swt. Mereka mementingkan keredhaan Allah swt daripada bermewah mewah dengan kehidupan dunia.Menjaga solat yakni melakukannya dengan khusuk. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak betul. Menafkahkan harta mereka ke jalan Allah. Menjaga kemaluan atau kehormatan dari berbuat kemungkaran. Tidak melampaui batas dalam bertindak dan mereka juga sentiasa menjaga amanah.

Begitu juga sebaliknya bagi yang ingkar dan muksiah. Mereka berpegang teguh dengan tali syaitan yang menguasai dalam kehidupan mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud  Syaitan telah menguasai mereka sehingga mereka lupa mengingati Allah swt. Mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah bahawa puak syaitan itu orang yang rugi.

Musuh Allah swt iaitu syaitan menggunakan upacara untuk mewujudkan pintu godaan kelembah maksiat iaitu dengan lisan ataupun perbuatan. Cara lisan lebih penting daripada perbuatan kerana disitulah terhimpunnya segala pujuk rayu dalam jiwa. Lisan juga merbahaya kepada tubuh manusia kerananya juga membawa hidup penuh sengsara di dalam neraka.

Saiyidina Muaz pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga dan menjauhkan daripada api neraka. Maka Rasulullah saw memegang lidahnya sendiri lalu bersabda Hendaklah kamu menjaga ini (lidah). Selanjutnya baginda bersabda Sesungguhnya kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah kita perkatakan.

Ikhwanil muslimin
Allah swt telah menyekat rancangan rancangan musuhnya sebagai jalan atau pintu masuk yang akan menyesatkan dan merosakkan manusia antara lain adalah:

  1. Ajakan kepada kejahatan
  2. Menanamkan rasa takutkan kemiskinan
  3. Menyamai nilai nilai dusta
  4. Menanamkan permusuhan antara individu, keluarga, masyarakat hinggalah ke satu bangsa.
  5. Mencegah daripada mengingati Allah swt samada dengan kesenangan atau kesulitan
  6. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.
  7. Menanam rasa putus asa, tahajjud dengan diri sendiri, ego, takabbur 
  8. Memperbanyakkan harta untuk disimpan bukan untuk kepentingan umum
Hasil dari godaan syaitan melalui pintu pintu maksiat ini, maka lahirlah manusia yang terpaut dengan ajakan serta bisikan yang mendatangkan kerosakan kepada manusia itu sendiri dengan pujuk rayu dan godaannya . Maka akhirnya ramailah manusia yang bergabung menjadi pengikut kemaksiatan ini.

Dengan demikian mereka yang dibawah takluk dan lemas dalam godaan maksiat akan jatuh ke dalam lumpur dan lembah kesesatan. 

Manusia yang hidup dalam kemaksiatan adalah mereka yang mengikut hawa nafsu dan menjadi pengikut dengan cara perosak. Mereka ini tidak mendapat petunjuk daripada Allah swt sedikit pun. Di dalam hatinya terdapat sifat sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, iri hati malah mendorong kearah kemahsiatan dan kedurhakaan kepada Alllah swt.

Saiyidina Ali ra berkata Yang paling aku takut yang akan menimpa kamu adalah panjang angan angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan angan dapat melupakan kehidupan akhirat sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang kebenaran. 

Pelaku maksiat sudah tentu mereka yang telah dikalahkan oleh hawa nafsunya. Kebathilan menguasai hati. Mereka lupa akan Allah swt semasaa melakukan maksiat dan dikuasai oleh para syaitan. Maka ingatlah bahawa musuh Allah itu sentiasa mengintai ngintai sasarannya dan menunggu masanya untuk dijerumuskan ke dalam jurang yang dalam. 

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw menjelaskan bahawa maksiat tidak akan dilakukan semasa hati seseorang itu beriman kepada Alllah swt. 

Rasulullah saw bersabda dengan maksudnya Tidaklah beriman seseorang penzina itu ketika ianya berzina. Tidak beriman seseorang pencuri itu ketika mencuri. Tidak beriman seseorang peneguk arak ketika dia meminumnya dan tidak beriman seseorang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika dia melakukannya. Riwayat Al Buqari.

Ikhwanil muslimin.
Bagi menutup segala pintu maksiat, maka hendaklah kita sedar dan insaf bahawa sebagai hamba Allah swt pintu taubat sentiasa terbuka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud Sebaik baik orang yang sering berbuat kesalahan adalah yang sering bertaubat kepada Allah swt. Riwayat Attirmizi.

Bagi mereka yang ingin bertaubat dan ingin hidup tanpa maksiat maka hendaklah ikhlas dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt di dalam taubatnya, bermujahadah dengan bersungguh sungguh untuk mengelakkan diri dari diperhambakan oleh hawa nafsu syaitan.

Mengawal nafsu dari melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan sekali dua tetapi ianya perlu berterusan kerana Allah swt. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kenaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.

Khutbah ini mengingatkan bahawa dalam kehidupan ini ramai manusia yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk kehidupan mereka. Ingatlah bahawa mereka yang menjadikan nafsu sebagai petunjuk akan menemui kegagalan pada akhirnya. Mereka sentiasa resah kerana sentiasa diburu oleh rasa bersalah bukan sahaja kepada Allah swt tetapi juga kepada diri sendiri. Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah swt dan di akhirat kelak mereka akan diazab dengan api neraka yang amat pedih.

Khutbah menyeru sidang Jumaat dan umat Islam sekelian, marilah kita sama sama menjalani kehidupan ini tanpa maksiat.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita sama sama merenung diri kita dimanakah sebenarnya kedudukan kita adakah di landasan yang benar ataupun masih lagi berada di jalan berliku yang penuh dengan duri duri maksiat. Marilah kita sama sama kembali ke jalan yang benar dengan melakukan amalan yang soleh, menutup segala pintu maksiat dan mengingati akhirat agar kira sedar tentang hakikat kehidupan serta menilik wajah kita agar ianya berseri seri dengan amalan mulia di sepanjang kehidupan ini.

Akhir sekali marilah kita sama sama merenung Firman Alllah swt yang bermaksud Berlumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul Rasulnya. Itulah kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah mempunyai kurnia yang amat besar.

Juru X Ray Pelatih Di Jabatan Radiologi HUSM

1. Juru x ray pelatih sentiasa datang dan pergi di Jabatan Radiologi HUSM.

2. Kehadiran mereka telah memberi suasana yang cukup ceria di kalangan kakitangan terutama sekali juru x ray.

3. Di samping tunjuk ajar dapat diberikan kepada pelatih tersebut, juru x ray juga dapat kawan untuk bertugas di modaliti yang mana juru x ray itu bertugas seorang diri.

4. Tambahan pula bertugas dengan juru x ray pelatih yang rajin dan sentiasa bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru.

5. Apabila tiba masa untuk juru x ray pelatih itu kembali semula ke tempat mereka belajar, suasana pilu dan sedih mungkin akan dirasai oleh sesetengah staf dan juga pelatih itu sendiri.

6. Jangka latihan yang singkat di satu satu tempat itu kadang kadang menyebabkan ada pelatih yang tak sempat untuk dikenali.

7. Hari ini ada, esok dah tiada, lusa pelatih lain pula yang datang.

8. Keadaan ini sama sekali jauh berbeza semasa saya menjadi pelatih dahulu. Sewaktu itu kami bertugas di luar adalah berterusan selama 6 bulan.

ATM CIMB Di Dalam HUSM

ATM CIMB akan beroperasi tidak lama lagi di dalam Hospital USM.

Alhamdulillah dengan adanya perkhidmatan ini tak perlulah lagi saya keluar dari HUSM untuk berurusan dengan CIMB.

Semoga dengan adanya kemudahan ini akan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh staf HUSM.

Hampir semua bank bank utama di Malaysia mempunyai ATM di dalam HUSM.

Naik Taraf Masjid AlQasimi

1. Masjid AlQasimi Pasir Tumbuh sedang dinaik taraf. Kerja kerja pembinaan sedang giat di jalankan.

2. Masjid ini akan diperbesarkan serta ditambah satu tingkat lagi

3. Walaupun begitu aktiviti harian seperti Solat lima waktu, solat Jumaat dan ceramah agama tetap juga dilakukan di masjid ini.

Majlis Perutusan Ketua Jabatan & Majlis Perpisahan

1. Perutusan Ketua Jabatan ini adalah acara tahunan Jabatan Radiologi.

2. Majlis ini berlangsung pada jam 12.00 tengahari di Dewan Perubatan Nuklear.

3. Majlis ini berlangsung serentak dengan majlis Perpisahan 3 orang staf radiologi ke jabatan lain dan juga persaraan awal seorang kakitangan jabatan radiologi.

4. Pn Wan Norzimah berpindah ke Permakanan. Pn Noraini ke Labor Room. En Zainal Arif ke PPSP. En Amanah memilih untuk bersara awal.

Lawatan Ke Bilik Reporting dan PACS

  1. Pada jam 4.30 petang 11 Mei 2011, Pihak pengurusan tertinggi hospital yang di ketuai oleh Dato' Pengarah dan wakil dari Kementerian Kewangan telah melawat Jabatan Radiologi.
  2. Mereka ingin melihat dan mengatahui bagaimana sistem PACS ini beroperasi
  3. Mereka telah dibawa ke bilik reporting dan juga ke bilik server PACS.
  4. Rombongan ini telah diberi penerangan oleh Pengurus Jabatan Radiologi iaitu En Khalid Osman
 En Khalid sedang memberi penerangan

 Dr Nik Min, Dato' Pengarah, En Wan Suyuti dan Wakil wakil dari MOF

" En Nik tolong beri penerangan sikit"

 Pelawat berada di bilik server

Dato' Pengarah amat berbesar hati dengan lawatan ini

Wallalam

Site Preparation Tapak Angio Suite

Kerja kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan sejak 3 minggu lepas.

Hari ini tiada pekerja kerana PH tahun baru jadi bolehlah saya menyelinap masuk.

Pencahayaan di dalam bilik berkenaan adalah agak samar. Alhamdulillah tiada entiti yang tak di undang menggangu saya.


Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 30 -12-2011: Ummah Yang Satu

Ikhwanil muslimin
Saya menyeru diri saya dan sekelian sidang Jumaat agar kita dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt sebagaimana firmannya dalam surah Al Imran yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam menyerah diri kepada Allah swt. 

Bertaqwa kepada Allah dengan kita melakukan titah perintah dan suruhannya serta menjauhi segala tegahan dan larangan, mudah mudahan kita beroleh kebahagiaan sejati di dunia dan kemenangan hakihi di akhirat kelak. Allah swt berfirman dalam surah Al Baqarah yang bermaksud Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu, setelah mereka berselisih, maka Allah mengutuskan para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka kitab kitab suci untuk menjalankan hukum di antara mereka mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan sebenarnya tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang orang yang telah diberi pada mereka kitab kitab suci iaitu setelah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas lagi nyata. Mereka berselisih semata mata hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberi petunjuk kepada orang orang yang beriman kearah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka dengan izinnya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus 

Ikhwanil muslimin
Melihat kepada realiti umat Islam di serata negara, hari ini kita hampir hampir kehilangan peringatan dan perasaan ummah yang satu. Ummatan Waahidah yang merupakan pegangan dan dasar hidup ahli sunnah wal jemaah. Kehilangan perasaan ummah yang satu ini, telah melahirkan suasana perpecahan dan pertelingkahan yang amat ketara sekali.

Khutbah Jumaat pada hari ini, terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai Ummatan Waahidah kepada masyarakat Islam agar pengertian ini jelas dan menjadi panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Pada asalnya manusia ini adalah satu ummah yang hanya menerima dan mengikut ajaran Allah yang satu yang disam[aikan oleh Nabi Adam as, kemudian mereka berselisih dan banyak di antaranya yang menjadi kafir dan  sesat. Abu Abas ra ada menyebut Jarak masa di antara Nabi Adam as dan Nabi Nuh as adalah 10 abad, semua manusia di zaman itu beragama Islam yang dibawa oleh Nabi Adam as. Allah swt telah mengutuskan rasulnya seorang demi seorang sejak dari Nabi Adam as, Nabi Nuh as hinggalah kepada nabi terakhir yakni Nabi Muhammad saw untuk menyampaikan ajaran Allah dan memberi penjelasan berkaitan masalah perselisihan di antara sesama manusia melalui Al Kitab yang membawa kebenaran.

Berlakunya perselisihan di kalangan manusia bukanlah berpunca dari kejahilan mereka sahaja, tetapi kerana sedemikian yang menghalang kepada mereka daripada mendapat hidayat Allah dalam menerima kebenaran untuk menyelesaikan permasalahan. Sunnah Allah, perselisihan faham di antara manusia tetap akan berlaku tanpa adanya hukum yang tegas samada dalam bentuk denda maupun dalam bentuk seksaan yang wajar terhadap mereka yang berselisih di dunia. Itulah di antara sebab kebanyakan manusia leka dan lalai dengan kesesatan apalagi sekiranya kesesatan mereka itu dihiasi oleh syaitan sehingga nampak pada zahirnya benar dan betul.

Sekadar ilmu sekalipun benar, itu belum mencukupi untuk seseorang itu menerima kebenaran dalam hidup . Ia memerlukan hidayat Allah. Ingatlah hidayat Allah tidak mampu dicapai oleh orang yang berhasad dengki, kerana dengki itu adalah sifat zalim. Apalagi dikalangan orang yang berilmu. Firman Allah dalam surah Al Imran yang bermaksud Dan Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang orang yang zalim.

Ikhwanil muslimin.
Memang manusia suka berselisih kecuali mereka yang dirahmati Allah. Firman Allah swt dalam surah Huud yang bermaksud Dan jika Tuhanmu menghendaki tentulah Dia menjadikan manusia ummah yang satu, tetapi Dia tidak berbuat demikian dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih melainkan orang orang yang diberi rahmat oleh kamu supaya menerima Islam. Dan untuk perselisihan dan rahmat itulah Allah menjadikan manusia.

Berlakunya perselisihan di antara manusia yang menyebabkan lahirnya berbagai agama, aliran dan pegangan hidup. Hanya dengan rahmat Allah sahaja seseorang itu mendapat selamat dari perselisihan dan membawa kepada kesatuan ummah di atas jalan yang di redhai Allah swt. Itulah sunnah Allah, rahmat Allah mengeluar dan menyelamatkan seseorang dari kancah perselisihan manusia dan membawa penyatuan ummah di atas kebenaran iaitu Islam.

Ikhwanil Muslimin
Rahmat Allah ialah Islam sebagaimana yang dibawa oleh Junjungan Besar Rasulullah saw melalui risalahnya Al Quran dan Al Sunnah. Asas Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu Allah Yang Paling/Maha Penyayang , Al Quran sebagai Rahmat. Firman Allah swt yang bermaksud Dan kami menurunkan sebahagian dari Al Quran itu sebagai penyembuh dan rahmat kepada orang orang yang beriman .

Manakala Rasulullah saw telah menyebar rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah swt yang bermaksud Dan tidaklah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam. 


Itulah asas rahmat Islam yang merupakan sebab kepada kesatuan ummah. Itulah antara doa rahmat sejak awal kejadian manusia lagi. Firman Allah swt yang bermaksud Mereka berdua Adam dan Hawa berdoa ketika mereka mula sedar dari kesalahan, Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan dosa dosa kami dan Engkau tidak punya rahmat kepada kami tentulah kami termasuk ke dalam golongan mereka yang zalim / mereka yang rugi.

Tabiat manusia memang suka menzalimi diri sendiri yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Sekiranya manusia tidak diampunkan dan di rahmat Allah swt, pasti mereka dalam kerugian yang nyata. Di sebabkan kedua duanya iaitu keampunan dan kerahmatan Allah sahajalah yang dapat mengeluarkan manusia dari kezaliman, kesesatan dan kerugian.

Orang orang yang zalim tiada baginya perlindungan dan pertolongan dari Allah swt, sebab zalim mereka sering kali menghalang diri mereka untuk menjadi Ummah Yang Satu. Mereka di akhirat kelak pasti akan ditanya tentang apa yang dilakukan. Apatah lagi perbuatan zalim mereka iaitu tindak tanduk yang tidak betul dengan kebenaran agama Allah khususnya mereka yang kezalimannya bukan sahaja menyekat di dalam dirinya tetapi menyekat pula jalan jalan orang lain menuju rahmat Allah dan kesatuan ummah.

Natijahnya mereka sentiasa meraba raba berselisih, berpuak puak, berpecah belah, berbalah dan bertelingkah. Firman Allah dam surah Al Ambia yang bermaksud Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu semua, agama yang satu dan Akulah Allah, maka beribadatlah kamu kepada Aku , tetapi kebanyakan manusia masih lagi berselisih dan berpecah belah dalam urusan agama mereka. Ingatlah mereka semua akan dikembalikan kepada kami untuk menerima pembalasan.

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week