Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. '
Kepentingan hadis
Pesanan Nabi
1. Bertaqwa kepada Allah
2. Patuh kepada pemimpin
3. Jangan berpecah belah
4. Jauhi perkara bidaah
Hukum hakam
1. Nasihat yang memberi kesan yang mendalam seterusnya mempengaruhi kehidupan kita. Syarat syarat dalam memberi nasihat:
a) Perlu ada tema yang tepat dan bermunajat kepada umat manusia dan negara. contoh dalam hadis tadi adalah "Bertaqwa kepada Allah dan taat kepada pemimpin". Bermuzakarah, berbincang dan berdebat dengan cara yang bermunafaat dalam menentukan sesuatu tema.
b) Guna bahasa yang mudah difahami dan fasih.
c) Perlu ada penghayatan pada ilmu itu
d) Nasihat yang tidak terlalu panjang
e) Memilih keadaan dan waktu yang tepat.
2. Sifat yang perlu ada pada pemberi nasihat
a) Yakin dengan apa yang diperkatakan
b) Hati yang bersih dan ikhlas serta gigih.
c) Ucapan sesuai dengan perbuatan. Cakap serupa bikin.
3. Kebersihan hati sahabat
- ketakutan dan kegusaran dalam diri sahabat bila mendengar nasihat dari sahabat sehingga membuatkan mereka menangis dan sedih.
4. Taqwa bermaksud melakukan semua perintah dan meninggalkan segala larangan. Ia adalah perintah syarie yang di tuntut oleh syarak
5. Pesan menyuruh supaya taat kepada Allah, rasul dan ulul Amri.
a] Kejadian yang diceritakan itu berlaku di zaman ini dan bukan di zaman semasa ianya diceritakan.
b] beriltizam untuk sentiasa mengamalkan sunnah Nabi saw
6. Peringatan tentang bidaah
Bidaah adalah perkara yang direka reka, tiada asas dan tiada sandaran langsung.
- jangan cepat menghukum atas sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment